English  |  中文  |  தமிழ
 
Laman Utama > Mengenai Insurans Deposit > Apakah Itu Insurans Deposit?

Apakah Itu Insurans Deposit?
 

Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan di bank sekiranya bank mengalami kegagalan. Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan rangka kerja perlindungan pengguna dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan. Sistem ini tidak berhubungkait dengan atau diuruskan oleh syarikat insurans am atau nyawa. Umumnya, ini merupakan skim yang disediakan oleh Kerajaan, meskipun di sesetengah negara sistem ini disediakan oleh pihak bank.  

Sistem insurans deposit di Malaysia dilancarkan pada September 2005 dan diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). PIDM ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM).

Manfaat kepada penyimpan

  • Perlindungan insurans deposit adalah automatik
  • PIDM melindungi penyimpan yang menyimpan deposit di bank
  • Tiada sebarang caj kepada penyimpan untuk perlindungan insurans deposit
  • Sekiranya sesebuah bank gagal, PIDM akan membuat pembayaran semula deposit kepada penyimpan dengan segera

Manfaat kepada sistem kewangan

  • PIDM meningkatkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysia dengan melindungi penyimpan daripada kehilangan deposit mereka
  • PIDM mengukuhkan dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap dalam sistem kewangan
  • PIDM meminimumkan kos kepada sistem kewangan dengan mengenalpasti penyelesaian kos terendah untuk menguruskan bank yang bermasalah
  • PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusi pengurusan yang cepat dan cekap ke atas bank yang mengalami kegagalan dan membuat pembayaran deposit kepada para penyimpan dengan segera

Dengan pengenalan sistem insurans deposit di Malaysia, penyimpan menerima perlindungan untuk deposit mereka di bawah undang-undang. Penyimpan akan mengetahui bagaimana dan bila pembayaran semula deposit akan dilakukan sekiranya bank mengalami kegagalan.

Insurans deposit diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai komponen terpenting dalam jaringan keselamatan kewangan negara dan telah dilaksanakan di hampir 100 buah negara di seluruh dunia.

 
     



Nama : 
Emel : 
Mesej : 


Emel


Hantar ke rakan
Mesej anda (klik disini):
Dalam Seksyen Ini :

Apakah Itu Insurans Deposit?

Perlindungan

Senarai Institusi-institusi Kewangan Yang Diberi Jaminan Deposit Kerajaan

Soalan Lazim

Perundangan dan Dasar-dasar

Pautan Hiper

Skim Pampasan Insurans


Artikel Berkenaan :

Senarai Institusi-institusi Kewangan Yang Diberi Jaminan Deposit Kerajaan
   

Tanda Artikel Ini :

Digg del.icio.us Facebook Mixx Google Furl StumbleUpon Wikio YahooMyWeb