 |
| Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi |
| Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Besar, Kewangan dan Pentadbiran |
|
| Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi ialah Ketua Pegawai Kewangan yang bertanggungjawab bagi kesemua hal ehwal kewangan dan pentadbiran PIDM. Beliau khususnya bertanggungjawab dalam hala tuju, pengurusan dan kawalan fungsi perakaunan dan perbendaharaan serta fungsi-fungsi yang berkaitan dengan pengurusan sistem maklumat dan teknologi, pentadbiran pejabat, polisi dan kawalan dalaman, dan perancangan strategik. Sebagai seorang Akauntan Bertauliah terlatih, beliau merupakan ahli Institut Akauntan Bertauliah di Australia dan Institut Akauntan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dengan Telekom Malaysia Berhad sebelum meneruskan kerjaya perakaunan profesional beliau dengan firma KPMG di Melbourne, Australia. Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menyertai Tahan Insurance Malaysia Berhad sebagai Ketua Audit Dalaman dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada Mac 2004. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan dari University of Melbourne, Australia. |
|
|
|
|
|
|
|