English  |  中文  |  தமிழ
 
Laman Utama > Mengenai PIDM >  Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif > Ketua Audit Dalaman dan Pengurus Besar, Audit dan Khidmat Perundingan

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif
 
Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi
Ketua Audit Dalaman dan Pengurus Besar, Audit dan Khidmat Perundingan

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi dilantik sebagai Ketua Audit Dalaman pada Jun 2014 dan mengetuai Bahagian Audit dan Khidmat Perundingan. Tanggungjawab utamanya termasuk menyediakan jaminan yang bebas dan objektif serta khidmat perundingan yang bertujuan menambah baik keberkesanan dan kecekapan operasi, kebolehpercayaan dan integriti pelaporan kewangan PIDM serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan. Beliau juga bertanggungjawab mengkaji semula, mengekalkan dan melaporkan rangka kerja kawalan dalaman PIDM. Sebelum pelantikan tersebut, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan sejak Januari 2006.

Ikram memulakan kerjayanya dengan Telekom Malaysia Berhad sebelum menceburi kerjaya perakaunan profesional dengan KPMG di Melbourne, Australia. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menyertai Tahan Insurance Malaysia Berhad sebagai Ketua Audit Dalaman dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada Mac 2004 sebelum menyertai PIDM pada tahun 2006.

Beliau menimba pengalaman luas sepanjang kerjayanya dalam pelbagai jawatan di beberapa organisasi dalam bidang pengauditan luaran dan dalaman, pengurusan risiko, keseluruhan operasi dan pentadbiran, perakaunan dan operasi kewangan, perbendaharaan dan pengurusan dana, perancangan korporat, kewangan korporat, penyusunan semula korporat, pengurusan dan pematuhan proses perniagaan dan teknologi maklumat..

Ikram memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada University of Melbourne, Australia. Beliau merupakan Felo Institute of Chartered Accountants di Australia dan ahli Institut Akauntan Malaysia.



     



Name :  
 
Message :  
Send to friend
Mesej anda (klik disini):
Dalam Seksyen Ini :

Jean Pierre Sabourin

Rafiz Azuan Abdullah

Lim Yam Poh

Noorida Baharuddin

Affeiz Abdul Razak

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Chua Ee Leen

Elisa Chong Soo Lee

Lee Yee Ming

Lim Kong Kuan

Lim Lee Na

Margaret Fong

Mohd Izazee Ismail

Hasina Mohamed


Tanda Artikel Ini :

Digg del.icio.us Facebook Mixx Google Furl StumbleUpon Wikio YahooMyWeb


Share on Facebook