 |
| Noorida Baharuddin |
| Ketua Audit Dalaman dan Pengurus Besar, Audit dan Khidmat Perundingan |
|
Noorida Baharuddin ialah Ketua Audit Dalaman dan mengetuai Bahagian Audit dan Khidmat Perundingan. Tanggungjawab utama beliau termasuk menyediakan perkhidmatan jaminan dan rundingan yang bebas dan objektif secara berterusan, bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi PIDM, kebolehpercayaan dan integriti pelaporan kewangan PIDM serta memastikan pematuhan PIDM dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan. Beliau mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan, pengurusan risiko dan pembangunan polisi melalui kerjaya beliau dengan firma audit luaran, badan-badan pengawalseliaan dan syarikat senarai awam. Pengalaman pengauditan beliau termasuk pengauditan dalaman dan luaran serta pemeriksaan seliaan. Dalam pemeriksaan seliaan, beliau telah mengetuai pemeriksaan terhadap institusi-institusi pasaran modal dan pengantara pasaran modal yang dilesenkan dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti, serta institusi-institusi kewangan dan insurans luar pesisir yang dilesenkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Labuan Offshore Financial Services Authority - “LOFSA”). Dalam pengurusan risiko, beliau telah terlibat dengan pembangunan dan pelaksanaan pengurusan risiko organisasi bagi LOFSA. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam di mana beliau membantu membentuk Panduan Prinsip-Prinsip Pengurusan Risiko bagi Institusi yang Menyediakan Perkhidmatan Kewangan Islam dalam tahun 2004. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari University of Tasmania, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), Malaysia. Beliau adalah ahli Certified Practising Accountants (Australia) dan Perancang Kewangan Bertauliah dengan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (Financial Planning Association of Malaysia).
|
|
|
|
|
|
|
|