English  |  中文  |  தமிழ
 
Laman Utama > Mengenai PIDM >  Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif > Ketua Pegawai Operasi

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif
 
Md. Khairuddin Haji Arshad
Ketua Pegawai Operasi
Md. Khairuddin bin Haji Arshad ialah Ketua Pegawai Operasi PIDM. Beliau bertanggungjawab mengawasi fungsi-fungsi teras dalam PIDM, termasuk, Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan, Intervensi dan Resolusi Kegagalan Bank, Kewangan dan Pentadbiran, Perundangan, Komunikasi dan Hal Ehwal Awam serta Perancangan Strategik. Sebelum pelantikannya, beliau merupakan Pengurus Besar Bahagian Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan, dan bertanggungjawab ke atas analisis dan pemantauan tahap risiko bank serta intervensi dan resolusi kegagalan bagi bank yang bermasalah. Khairuddin juga pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) lebih 15 tahun di Jabatan Pengawalan Bank dan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful. Beliau berpengalaman luas dalam perbankan dan kewangan Islam dan kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa bagi Insurans Deposit Islam, Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (International Association of Deposit Insurers) dan ahli kumpulan kerja Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board) mengenai transaksi kewangan Islam. Beliau turut menyumbang bantuan teknikal kepada beberapa negara dalam membentuk industri perbankan Islam mereka serta membentangkan kertas kerja di seminar domestik dan antarabangsa. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.


     



Name :  
 
Message :  
Send to friend
Mesej anda (klik disini):
Dalam Seksyen Ini :

Jean Pierre Sabourin

Md. Khairuddin Haji Arshad

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Lim Yam Poh

Lai Wai Keen

S. Loganathan

Siti Zubaidah Haron

Noorida Baharuddin

Lee Yee Ming

Rafiz Azuan Abdullah

Lim Kong Kuan

Chua Ee Leen


Artikel Berkenaan :

Struktur Korporat
   
Garis Panduan, Polisi-polisi & Kertas Perundingan
   

Tanda Artikel Ini :

Digg del.icio.us Facebook Mixx Google Furl StumbleUpon Wikio YahooMyWeb