 |
| Lee Yee Ming |
| Ketua Pegawai Risiko dan Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Risiko Organisasi |
|
Lee Yee Ming ialah Ketua Pegawai Risiko dan mengetuai Bahagian Pengurusan Risiko Organisasi. Beliau bertanggungjawab bagi pelaksanaan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi PIDM yang meliputi seluruh organisasi dan menyokong Lembaga Pengarah untuk memastikan risiko utama PIDM sentiasa dikenal pasti, ditaksir, diurus, dipantau dan dilaporkan secara konsisten dan berterusan.
Beliau mempunyai sembilan tahun pengalaman dalam bidang perundingan dan perbankan mengenai Pengurusan Risiko Organisasi, Basel II, tadbir urus korporat dan audit dalaman. Beliau memulakan kerjayanya dengan sebuah institusi kewangan di Illinois, Amerika Syarikat dan kemudiannya menyertai Ernst & Young di pejabat Kuala Lumpur, Malaysia dan Taipei, Taiwan. Berkenaan Pengurusan Risiko Organisasi, beliau telah menasihatkan syarikat-syarikat awam yang disenaraikan di Malaysia dan sebuah organisasi Korea berkenaan dengan pelaksanaan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi masing-masing. Beliau juga pernah membantu bank-bank di Taiwan sebagai pengurus projek keseluruhan dalam pelaksanaan sistem Basel II dan projek-projek berkenaan dengan pelaksanaan Basel II. Beliau memegang ijazah dengan kepujian dalam jurusan pengurusan perniagaan (summa cum laude) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Juruaudit Dalaman Bertauliah. Berkuatkuasa 1 Januari 2008, beliau mengetuai Bahagian ini sebagai Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Risiko. |
|
|
|
|
|
|
|