 |
| Lai Wai Keen |
| Pengurus Besar, Bahagian Polisi Dan Antarabangsa |
|
| Lai Wai Keen ialah Pengurus Besar Bahagian Polisi dan Antarabangsa. Beliau bertanggungjawab ke atas polisi-polisi penting dan perhubungan antarabangsa PIDM. Beliau merupakan salah seorang ahli Pasukan Petugas Insurans Deposit di Bank Negara Malaysia (“BNM”) yang dibentuk untuk menubuhkan sistem insurans deposit. Pasukan Petugas tersebut bertanggungjawab membangunkan polisi yang mengambil kira keperluan khusus sistem kewangan dan para pendeposit di Malaysia. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman pengawalseliaan di BNM, termasuk dalam bidang pengawalan bank, komunikasi, hubungan antarabangsa dan perundingan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pentadbiran perniagaan dari Universiti Malaya dan ijazah undang-undang dari University of London. |
|
|
|
|
|
|
|