|
Buat masa ini, PIDM ditabdir oleh sembilan orang ahli Lembaga Pengarah, dengan perwakilan seimbang daripada sektor awam dan swasta. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal PIDM. Selaras dengan mandat PIDM yang diperluaskan, Akta PIDM baharu memperuntukkan perlantikan sehingga sembilan orang ahli Lembaga Pengarah.
Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah manakala wakil-wakil lain termasuk dua ahli ex-officio, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dua orang pengarah daripada sektor awam dan empat orang pengarah daripada sektor swasta dengan seorang daripadanya mempunyai pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahil bukan ex-officio dilantik oleh Menteri Kewangan.
Senarai Lembaga Pengarah PIDM terkini adalah seperti yang berikut. Sila klik mana-mana nama untuk ringkasan biodata.
Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad bin Haji Alias
Pengerusi Lembaga Pengarah
Pengarah Ex Officio
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Ahli Lembaga Pengarah
Pengarah Ex Officio
Dato’ Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah
Ahli Lembaga Pengarah
Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
Ahli Lembaga Pengarah
Pengarah Sektor Awam
Dato’ Halipah binti Esa
Ahli Lembaga Pengarah
Datuk Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff
Ahli Lembaga Pengarah
Pengarah Sektor Swasta
Encik George Anthony David Dass
Ahli Lembaga Pengarah
Encik Lim Tian Huat
Ahli Lembaga Pengarah
En. Alex Foong Soo Hah
Ahli Lembaga Pengarah
Encik Mohamad Abdul Halim bin Ahmad
Ahli Lembaga Pengarah
Maklumat lanjut mengenai Lembaga Pengarah PIDM dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah termasuklah:
|