PIDM

Program Biasiswa Sarjana Muda

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit bank serta manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli institusi, dan diberi mandat untuk menggalakkan keyakinan awam dalam kestabilan sistem kewangan di Malaysia.


FALSAFAH
Program ini bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan.

APAKAH YANG DITAWARKAN DI BAWAH BIASISWA INI?

  • Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM20,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Program Induksi
    Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.
  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan.

 

APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN?
Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 10 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Notis tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan mulai 2014. Para penuntut yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.


  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2014) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM/STPM atau yang setara dengannya (dengan kelulusan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
  3. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  6. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  7. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

PRASYARAT
Senarai prasyarat merangkumi:


  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  2. Menyediakan esei bertulis 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris mengenai bidang pengajian yang dipilih dan aspirasi anda dalam menyumbang kepada landskap perkhidmatan kewangan dan kepada negara secara umumnya;
  3. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  4. Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  5. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN BIASISWA BERTERUSAN
PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:


  1. tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;
  2. gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;
  3. gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau
  4. melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

APAKAH BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK?


  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pembangunan Insan / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans

SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM


  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA


  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN?

Anda mempunyai 2 pilihan, samada dengan memuat turun permohonan dalam format e-Scholarship ataupun format Microsoft Word.


Klik pada pautan ini untuk muat turun borang:
Permohonan e-Scholarship

Setelah proses memuat turun selesai, buka fail zip tersebut dan pasangkan aplikasi ke komputer. Untuk panduan langkah demi langkah, sila rujuk manual pengguna di dalam folder.
Jika komputer/peranti anda tidak menyokong format e-Scholarship, sila klik pautan ini untuk format Microsoft Word:


Borang Permohonan Biasiswa

KE MANAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR BORANG INI?
Sila hantar borang permohonan yang lengkap berserta semua dokumen yang berkaitan ke:
hc@pidm.gov.my
atau poskan kepada

Human Capital Division
(Scholarship Programme)
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Level 12, Quill 7
No.9 Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur


Tarikh tutup: 9 June 2014

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.