English  |  中文  |  தமிழ
 

Siaran Akhbar
Laman Utama > PIDM Dalam Berita > Siaran Akhbar
 
Cari Akhbar
Kata kunci carian:
 
Dari Hingga:
   
Susun mengikut:

Siaran Akhbar
 
Penginsurans deposit melancarkan pameran awam mengenai kesedaran kewangan
30/10/2007

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2007: Penginsurans deposit nasional, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini melancarkan Pameran Kewangan Malaysia (MYFex 2007), yang akan berlangsung hingga 4 November 2007 di Mid Valley Exhibition Centre.

Sejajar dengan salah satu fungsi utama PIDM untuk menggalak kesedaran awam mengenai sistem insurans deposit yang ditadbir olehnya, MYFex 2007 merupakan inisiatif untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia dan menyumbang kepada keyakinan awam dalam kestabilan sistem kewangan Malaysia.

"Dalam usaha kami untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai insurans deposit, kami peka bahawa kesedaran ini perlu dilengkapkan dengan pengetahuan mengenai urusan kewangan berkaitan. Bagi mendapat pemahaman yang lebih bermakna mengenai insurans deposit, pendeposit pertamanya perlu mempunyai kesedaran meluas mengenai urusan kewangan secara umum," kata Tan Sri Dato' Abdul Aziz Haji Taha, Pengerusi PIDM, di majlis perasmian pameran tersebut pada hari ini.

MYFex 2007 dirasmikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam majlis yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre pada hari ini.

Pengunjung pameran akan memperoleh manfaat yang besar daripada salah satu perhimpunan terbesar agensi-agensi pengguna kewangan dan peserta pasaran. Sejumlah besar bank-bank perdagangan dan bank-bank Islam akan menyertai MYFex 2007 bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Biro Pengantaraan Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, agensi tertentu di bawah Kementerian Kewangan, dan juga penyedia pendidikan kewangan seperti International Centre for Leadership in Finance (ICLIF) dan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM).

Satu peraduan Infohunt akan diadakan dari 31 Oktober hingga 4 November 2007. Para pengunjung hanya perlu menjawab 10 soalan dengan betul untuk memenangi hadiah serta-merta. Semua jawapan boleh didapati di dewan pameran. Sesi-sesi taklimat awam juga akan diadakan pada setiap hari dan dibuka untuk semua pengunjung pameran.

MYFex 2007 juga merupakan inisiatif untuk memperkukuh usaha bersama yang wujud antara PIDM, bank-bank anggota dan pemegang kepentingan lain untuk menyebarkan maklumat berkaitan kepada orang ramai.

Tan Sri Aziz menambah, "PIDM berhasrat menjadi sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan kadar celik kewangan di Malaysia kerana kami merupakan sebahagian daripada jaringan keselamatan sistem kewangan. Ia mencerminkan perkongsian kami dengan agensi perlindungan pengguna yang mempunyai kecenderungan sama seperti kami dengan wawasan mewujudkan pengguna yang bermaklumat dan dengan cara itu dapat menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan." Waktu pembukaan MYFex 2007 adalah di antara jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari, kecuali 4 November (hingga 6 petang). Masuk percuma.

Maklumat lanjut mengenai MYFex 2007 boleh didapati daripada http://www.pidm.gov.my/myfex2007

Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan akhbar ini sila hubungi:

S.Loganathan, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
(Tel : 03-2173 7455)

Zeti Zahariah Zainul, Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Hal ehwal  Awam
(Tel: 03-2173 7457)


MENGENAI  PIDM

PIDM menguruskan insurans deposit sokongan Kerajaan di Malaysia. Kami melindungi pendeposit – secara automatik- sehingga RM60,000 setiap pendeposit untuk setiap institusi anggota. Untuk maklumat lanjut::

 
   
 
   Back to Search Results | Back to Press Releases
     



Name :  
Email :&nsbp; 
Message :  
Send to friend
Mesej anda (klik disini):