English  |  中文  |  தமிழ
 

Siaran Akhbar
Laman Utama > PIDM Dalam Berita > Siaran Akhbar
 
Cari Akhbar
Kata kunci carian:
 
Dari Hingga:
   
Susun mengikut:

Siaran Akhbar
 
Penginsurans Deposit Usia Setahun Merintis Jalan, Kini Ke Peringkat Antarabangsa
06/09/2008

Kuala Lumpur, 6 September 2006 - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) yang berusia setahun sedang mara ke peringkat global dengan menerajui usaha mengetengahkan insurans deposit Islam ke peringkat antarabangsa sementara mengukuhkan perlindungan pengguna di dalam negara.

"Saya amat berbangga bahawa PIDM telah mencapai kejayaan besar dalam sejarahnya yang amat singkat, sama ada dalam memenuhi mandatnya untuk melindungi deposit dan menyumbang ke arah pengukuhan sistem kewangan Malaysia atau membentuk dirinya sebagai pemimpin pemikir antarabangsa dalam insurans deposit Islam,” menurut Jean Pierre Sabourin, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, semasa taklimat sempena menyambut ulang tahun pertama sistem insurans deposit di Malaysia.

PIDM, yang dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC) di arena antarabangsa, mencipta kejayaan ulung baru-baru ini di mana ia diterima sebagai Ahli Bersekutu dalam Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, sebuah badan piawaian antarabangsa, menjadikannya satu-satunya pendeposit insurans di dunia yang diterima masuk.

PIDM akan menerajui penubuhan jawatankuasa antarabangsa bagi insurans deposit Islam dalam Pertubuhan Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI), sebuah badan global bagi organisasi-organisasi insurans deposit. Jawatankuasa ini dijangka ditubuhkan ketika Mesyuarat Majlis Eksekutif IADI ke-15 di Kuala Lumpur minggu depan, pertama kali menyuarat seumpamanya diadakan di Malaysia.

"Dengan bertambahnya kepentingan kewangan Islam sebagai sebahagian daripada sistem kewangan global, penubuhan jawatankuasa insurans deposit Islam di dalam IADI akan membantu menyediakan panduan dan model bagi negara-negara lain yang ingin mengguna pakai sistem insurans deposit yang berasaskan syariah," kata Sabourin, yang juga Pengerusi dan Presiden Majlis Eksekutif IADI. Dalam hal ini, sistem insurans deposit Malaysia, dilancarkan pada 1 September 2005, menandakan satu lagi pencapaian penting antarabangsa sebagai sebuah negara pertama mempunyai komponen insurans deposit konvensional dan Islam yang ditadbir di bawah satu badan.Sementara pencapaian antarabangsa ini sudah melebihi mandat PIDM, penginsurans deposit ini aktif meningkatkan perlindungan pengguna di dalam negara.

"Pokoknya, insurans deposit adalah mengenai pendidikan pengguna dan sebab itulah kami membangunkan peraturan yang berasaskan pengguna yang akan menguatkan lagi keyakinan awam terhadap sistem insurans deposit. Peraturan baru yang masih dalam perancangan ialah satu undang-undang kecil yang menuntut institusi anggota untuk mendedahkan mengenai insurabiliti produk, seterusnya memberi jaminan kepada pendeposit produk mana yang diinsuranskan dan tidak diinsuranskan," kata Sabourin.

Selain daripada langkah-langkah tersebut, PIDM juga aktif dalam pendidikan pengguna dengan menubuhkan pusat panggilan di awal penubuhannya dan seterusnya, laman web dalam empat bahasa serta memberi latihan kepada institusi anggota, iaitu bank-bank komersil dan Islam di Malaysia, serta mendidik orang awam mengenai sistem insurans deposit.

Dari segi menggalakkan kestabilan sistem kewangan, PIDM melengkapkan peranan pengawal seliaan Bank Negara Malaysia (BNM). Perjanjian Kerjasama Strategik di antara BNM dan PIDM telah dimeterai pada 19 Jun 2006 untuk menyelaras aktiviti, menggalakkan rundingan dan bertukar-tukar maklumat.

Sebagai pendahuluan kepada polisi-polisi yang akan datang dalam menyediakan insentif untuk pengurusan risiko berhemat, PIDM akan menjadi tuan rumah kepada seminar pengurusan risiko enterpris untuk institusi-institusi kewangan pada 15 September 2006, bersempena Mesyuarat IADI minggu depan.

Ini adalah juga persiapan awal untuk institusi anggota sebelum mengguna pakai sistem premium kebezaan pada 2008 yang akan memberi manfaat kepada institusi yang mempunyai sistem pengurusan risiko yang baik.

Satu amalan terbaik yang PIDM praktikkan ialah pendekatan perundingan dalam membangunkan polisi-polisi yang memberi impak kepada sektor perbankan.

Baru-baru ini, PIDM memuktamadkan rundingan awam mengenai peraturan keperluan pendedahan untuk akaun amanah dan akaun bersama.

Selaras dengan membangunkan dan melaksanakan amalan terbaik untuk insurans deposit, badan statutori ini juga merujuk kepada piawaian global untuk meningkatkan keberkesanannya sebagai pentadbir sistem insurans deposit kebangsaan.

PIDM sentiasa mengukuhkan rangka kerja urus tadbir dan pengurusannya dengan melaksanakan polisi dalaman yang mampan.

"Pada masa ini, kami sedang merangka beberapa kod dan polisi dalaman, termasuk polisi mengenai urus tadbir lembaga pengarah, etika dan perlakuan perniagaan, konflik kepentingan serta pihak yang mendedahkan (whistle blowing), yang akan meningkatkan kebertanggungjawaban kami sebagai badan awam," tambah Sabourin.

Contohnya, Polisi Urus Tadbir Lembaga Pengarah yang diluluskan menggariskan 15 prinsip yang memberi panduan mengenai peranan Lembaga Pengarah dan bagaimana pihak Pengurusan dijangka untuk menyokong Lembaga Pengarah dalam memenuhi tugas dan tanggungjawabnya.


Untuk keterangan lanjut tentang penyataan akhbar ini, sila hubungi :

S.Loganathan, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam
(Tel : 03-2274 2615)

Zeti Zahariah Zainul, Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam
(Tel : 03-2260 7436 sambg 112)
 
   
 
   Back to Search Results | Back to Press Releases
     



Name :  
Email :&nsbp; 
Message :  
Hantar ke rakan
Mesej anda (klik disini):