Pengemukaan Tahunan: Akuan Amanah

Deposit dalam akaun amanah dilindungi secara berasingan daripada deposit dalam jenis akaun yang lain di bawah Sistem Insurans Deposit.

Seorang pemegang amanah yang bertindak bagi dua atau lebih benefisiari dalam akaun amanah tunggal dikehendaki mengemukakan maklumat mengenai akaun amanah tersebut secara terus kepada bank ahli yang mana akaun amanah tersebut disimpan. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada bank ahli pada 31 Mac setiap tahun berkenaan dengan baki dalam akaun amanah setakat 31 Disember tahun sebelumnya.

Maklumat lanjut mengenai akaun amanah boleh didapati di sini.