Semua jenis pendeposit, sama ada individu atau entiti perniagaan, dilindungi. Had perlindungan maksimum adalah RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Ini termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah / pulangan. Dengan had RM250,000 ini, 97% pendeposit dilindungi sepenuhnya. Sistem Insurans Deposit di Malaysia menyediakan perlindungan berasingan bagi deposit konvensional dan Islam.

Deposit yang layak untuk perlindungan

  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Deposit tetap
  • Deposit mata wang asing
  • Akaun deposit Islam
  • Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit
 

PIDM boleh meluluskan mana-mana instrumen kewangan lain sebagai layak untuk mendapat perlindungan insurans deposit dari semasa ke semasa.

 

Produk kewangan yang TIDAK layak untuk perlindungan

  • Produk berstruktur
  • Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia
  • Peletakan Deposit pasaran wang antara bank
  • Instrumen deposit boleh niaga (NIDs) dan deposit pembawa lain
  • Perjanjian pembelian semula
  • Unit amanah dan saham
  • Produk pelaburan atau akaun berkaitan emas

Had perlindungan insurans deposit yang berasingan sehingga RM250,000 juga disediakan untuk pendeposit yang mempunyai akaun deposit di bawah kategori berikut:

  1. Akaun deposit konvensional dan Islam
  2. Akaun bersama - Akaun bersama mendapat perlindungan insurans deposit berasingan asalkan rekod bank ahli mengemukakan nama pemegang-pemegang akaun bersama tersebut
  3. Akaun amanah - Benefisiari boleh mendapat perlindungan berasingan sekiranya pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun yang tertakluk kepada setiap benefisiari akaun amanah pada rekod bank ahli. Setiap benefisiari dilindungi sehingga RM250,000 secara berasingan daripada deposit diinsuranskan lain yang dipegang atas nama benefisiari tersebut
  4. Akaun perniagaan milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan syarikat