Manfaat yang dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans akan dijumlahkan hanya sekiranya berkaitan dengan ahli penginsurans yang sama, risiko kejadian yang sama, hayat diinsuranskan atau harta diinsuranskan yang sama, dan pemilik sijil takaful atau insurans yang sama. Peraturan jumlah atau pengagregatan ini dijelaskan seperti contoh di bawah:

Ilustrasi 1:Encik Lim bekerja dengan Troton Bhd dan diinsuranskan di bawah polisi Bertempoh Berkelompok majikannya sehingga RM200,000. Beliau juga mempunyai polisi Seumur Hidup dan polisi Endowmen bagi dirinya sendiri (jumlah diinsuranskan sebanyak RM300,000 di bawah setiap polisi). Semua polisi dibeli daripada XYZ Insurance Bhd. Pada Januari 2021, beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Sekiranya XYZ Insurance Bhd mengalami kegagalan, penggunaan peraturan pengagregatan dan bayaran manfaat dilindungi (contoh kematian dan manfaat berkaitan) yang akan dibuat kepada Encik Lim adalah seperti berikut:

  Polisi Bertempoh Berkelompok Polisi Seumur Hidup Polisi Endowmen
Pemilik Polisi Troton Bhd Encik Lim Encik Lim
Ahli Penginsurans XYZ Insurance XYZ Insurance XYZ Insurance
Risiko Kejadian Kematian Kematian Kematian
Hayat Diinsuranskan Encik Lim Encik Lim Encik Lim
Peraturan Pengagregatan Diguna Pakai? TIDAK Akan dijumlahkan berdasarkan “pemilik polisi yang sama, ahli penginsurans yang sama, risiko kejadian yang sama dan hayat diinsuranskan yang sama”.
Amaun Dituntut RM200,000 RM300,000 RM300,000
Amaun dilindungi di bawah sistem ini RM200,000 Dihadkan pada RM500,000
 

Ilustrasi 2:Cik Liza memiliki dua buah kereta dan membeli polisi insurans motor untuk kedua-dua keretanya (ABC 666 & IJK 888) dengan XYZ Insurance Bhd dan telah memfailkan tuntutan-tuntutan berikut dengan syarikat insurans dan kedua-dua tuntutan tersebut belum diselesaikan lagi.

 
Tarikh Perihal Peristiwa Butiran Tuntutan
2 Januari 2021 Kereta Cik Liza (ABC 666) rosak akibat kemalangan Tuntutan 1 - Kerosakan harta sebanyak RM600,000
15 Januari 2021 Kereta Cik Liza (IJK 888) rosak akibat kemalangan Tuntutan 2 – Kerosakan harta sebanyak RM350,000

Sekiranya XYZ Insurance Bhd mengalami kegagalan, penggunaan peraturan pengagregatan dan bayaran manfaat yang dilindungi (contoh; kehilangan atau kerosakan kepada harta) yang akan diberikan kepada Cik Liza adalah seperti berikut:

 
  Tuntutan 1 Tuntutan 2
Pemilik Polisi Cik Liza Cik Liza
Ahli Penginsurans XYZ Insurance Bhd XYZ Insurance Bhd
Risiko Kejadian Kemalangan pada 2 Januari 2021 Kemalangan pada 15 Januari 2021
Harta Diinsuranskan Kereta - ABC 666 Kereta - IJK 888
Peraturan Pengagregatan Diguna Pakai? TIDAK (tidak diagregatkan kerana risiko kejadian & harta diinsuranskan berbeza) TIDAK (tidak diagregatkan kerana risiko kejadian & harta diinsuranskan berbeza)
Amaun Dituntut RM600,000 RM350,000
Amaun Dilindungi Di bawah Sistem ini RM500,000 RM350,000