Tadbir Urus Korporat

PIDM ditadbir oleh ahli Lembaga Pengarah daripada sektor awam dan swasta yang dilantik oleh Menteri Kewangan. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal PIDM. Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah. Di bawah Akta PIDM, Pengerusi perlu mempunyai pengalaman dalam sektor swasta yang berkaitan. Terdapat dua Pengarah exofficio, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.