Pembiayaan

Operasi PIDM dibiayai oleh premium tahunan dan levi yang diterima daripada institusi ahli. Perbadanan mentadbir enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza:

  • Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam
  • Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional
  • Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga
  • Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am
  • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat
  • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am
 

SISTEM INSURANS DEPOSIT

Memandangkan PIDM menyediakan perlindungan bagi kedua-dua deposit konvensional dan Islam, PIDM mengurus dan mentadbir dua kumpulan dana berasingan:

  • Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada bank-bank ahli yang menyediakan perkhidmatan perbankan konvensional dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Insurans Deposit konvensional.
  • Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada bank-bank ahli Islam atau bank-bank ahli perdagangan yang menyediakan perkhidmatan perbankan Islam dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Insurans Deposit Islam.
 

SISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS

Oleh sebab PIDM menyediakan perlindungan bagi kedua-dua manfaat takaful dan insurans, PIDM mengurus dan mentadbir empat kumpulan dana berasingan:

  • Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan takaful keluarga dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
  • Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan takaful am dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
  • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
  • Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am
    Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan insurans am dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
 

PIDM akan mengurus dan melabur Kumpulan Dana ini secara berhemat untuk menjana pulangan yang berpatutan kepada PIDM serta memastikan Kumpulan Dana ini sedia ada untuk menampung kos operasi dan membuat pembayaran kepada pendeposit serta pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli.

PIDM kini melabur dana-dananya hanya dalam instrumen yang selamat dan mudah tunai seperti sekuriti dalam denominasi Ringgit Malaysia yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia.

Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam dan Kumpulan Dana Perlindungan Takaful diurus dan ditadbir mengikut prinsip-prinsip Syariah.