PIDM, sebagai ahli Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI), kami bersama-sama rakan seperjuangan, berbangga meraikan Ulang Tahun ke-20 IADI. Bagi ahli persatuan lain di peringkat dunia termasuk PIDM, IADI telah memainkan peranan penting dalam menetapkan piawaian jaringan keselamatan dan penanda aras yang menyumbang kepada sistem perlindungan yang disediakan oleh PIDM kepada pendeposit di Malaysia hari ini.