Afiza Abdullah, Naib Presiden Eksekutif – Resolusi PIDM, baru-baru ini berkongsi pengalaman Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dalam latihan simulasi krisis daripada perspektif komunikasi dalam satu forum serantau yang diadakan pada 21 Februari 2022.
Bengkel resolusi itu dianjurkan oleh Hong Kong Monetary Authority sebagai pengerusi Study Group on Resolution of the Executives’ Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (EMEAP) yang dianggotai wakil daripada bank pusat, pihak berkuasa resolusi dan pengawalan berhemat di rantau ini.
Bengkel itu menyediakan platform yang bernilai bagi perkongsian pengetahuan dalam kalangan para peserta mengenai latihan simulasi krisis serantau, komunikasi ketika krisis serta dasar dan standard teknikal untuk mempertingkatkan persediaan resolusi.