Akauntan Negara Malaysia dilantik anggotai Lembaga Pengarah PIDM

Kuala Lumpur, 25 November 2019: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengumumkan pelantikan Dr. Yacob bin Mustafa menganggotai Lembaga Pengarahnya (Lembaga) berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan Datuk Saat bin Esa, yang perkhidmatannya berakhir pada 30 Oktober 2019.

“Kami mengalu-alukan Dr. Yacob dan pengalaman luas beliau yang akan dibawakan ke Lembaga PIDM. Kami menanti-nantikan pandangan dan perspektif beliau, yang akan memberi sokongan besar kepada mandat kami untuk menjadi pihak berkuasa resolusi yang efektif,” kata Tan Sri Dr. Rahamat Bivi Yusoff, Pengerusi PIDM.

Dr. Yacob adalah Akauntan Negara Malaysia. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan seperti Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di Kementerian Kewangan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Dr. Yacob merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Saat atas sumbangan dan sokongan beliau semasa tempoh perkhidmatannya dengan PIDM. Kami mengharapkan yang terbaik dalam apa juga usaha beliau pada masa depan,” kata Tan Sri Dr. Rahamat Bivi.

Dengan pelantikan baharu itu, ahli Lembaga Pengarah PIDM terdiri daripada:  
  • Tan Sri Dr. Rahamat Bivi Yusoff (Pengerusi)
  • Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Gabenor Bank Negara Malaysia) – Pengarah Ex Officio
  • Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) – Pengarah Ex Officio
  • Tan Sri Dr. Ismail bin Hj. Bakar
  • Dr. Yacob bin Mustafa
  • Dato Dr. Nik Ramlah Mahmood
  • Dato’ Dr. Gan Wee Beng
  • Mr. Alex Foong Soo Hah
  • Ms. Gloria Goh Ewe Gim
 
Bagi maklumat lanjut mengenai kenyataan akhbar ini, sila hubungi:
Yogendra Thavakumar, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
(Tel: 03-2173 7455 samb 7455; Emel: yogendra@pidm.gov.my)   
Masami Mustaza, Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
(Tel: 016-3643406; Emel: masami@pidm.gov.my)
 
MENGENAI PIDM

PIDM adalah badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kerugian deposit dan manfaat insurans dan takaful dengan institusi ahlinya sekiranya berlaku kegagalan. PIDM dibiayai sepenuhnya daripada premium atau levi yang dinilai ke atas institusi ahlinya dan tidak menerima dana awam untuk beroperasi. Ia memiliki kaedah-kaedah di bawah Akta PIDM untuk meminjam atau mengumpul dana tersebut yang mungkin diperlukan untuk memenuhi obligasi berkanunnya bagi melindungi konsumer kewangan institusi ahlinya. Sebagai sebahagian penting daripada jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.   

Bagi maklumat lanjut: 
Share to