PIDM lancar Rancangan Korporat 2020 - 2022

Kuala Lumpur, 31 Januari 2020: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah menerbitkan ‘Ringkasan Rancangan Korporat 2020 - 2022’.

Rancangan Korporat PIDM bagi tempoh tiga tahun akan datang sejajar dengan keutamaan strategik jangka panjangnya, iaitu:
  • perancangan resolusi dan kesediaan intervensi dan resolusi kegagalan; 
  • mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pemegang kepentingan; dan
  • membangunkan tenaga kerjanya untuk tujuan kemampanan dan pertumbuhan.
Rafiz Azuan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, berkata, PIDM sentiasa berusaha  menambah baik sistem dan proses pembayaran balik dalam inisiatifnya ke arah membina keyakinan orang ramai. 

“Bagi tempoh perancangan ini, kami merancang untuk menyempurnakan inisiatif kami dalam memberikan pilihan pembayaran balik yang lain kepada pendeposit sekiranya terdapat keperluan dengan memanfaatkan keupayaan teknologi dan mekanisme pembayaran elektronik yang tersedia ada.” 

Perancangan resolusi, yang bertujuan meningkatkan ketahanan sistem kewangan, merupakan satu lagi aspek utama kesediaan bagi PIDM. Sebagai contoh, perancangan resolusi melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mendapatkan maklumat daripada institusi ahli dan mengenal pasti fungsi kritikal mereka kepada pasaran kewangan dan ekonomi sebenar.  Dengan cara ini, PIDM dan anggota jaringan keselamatan lain akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk bertindak semasa krisis. 

“Keterlibatan berterusan dengan bank-bank ahli PIDM  sedang dijalankan demi kesediaan mereka untuk pelancaran perancangan resolusi secara berfasa. Ia dijangka bermula selepas tahun 2022,” kata Rafiz.

Kesedaran awam tentang PIDM dan sistem perlindungannya adalah penting dalam mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan terhadap sistem kewangan. Oleh itu, PIDM akan terus melaksanakan inisiatif perhubungan awam dan kempen media sosial untuk mendidik orang ramai dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap sistem perlindungan PIDM.

PIDM adalah sebuah badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit serta manfaat insurans dan takaful daripada institusi ahlinya sekiranya berlaku kegagalan. Institusi ahli PIDM dikenakan bayaran premium dan levi dan bayaran ini disimpan di dalam dana perlindungan yang ditadbir oleh PIDM. Dana ini akan digunakan untuk pembayaran balik kepada pendeposit atau membuat pembayaran terhadap tuntutan manfaat takaful dan insurans yang layak sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli PIDM.

Bagi tahun 2020, PIDM menganggarkan akan menerima pendapatan sebanyak RM642 juta dan perbelanjaan operasi sebanyak RM105 juta dengan lebihan bersih diunjurkan sebanyak RM536 juta. Perbelanjaan operasi akan menyokong keutamaan strategik PIDM bagi tahun 2020.

Ringkasan Rancangan Korporat 2020 - 2022 boleh didapati di laman web PIDM (www.pidm.gov.my) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bagi maklumat lanjut mengenai kenyataan akhbar ini, sila hubungi:

Yogendra Thavakumar, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
(Tel: 03-2173 7455 samb 7455; Emel: yogendra@pidm.gov.my)    

Masami Mustaza, Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam 
(Tel: 016-3643406; Emel: masami@pidm.gov.my)


MENGENAI PIDM 
PIDM adalah badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kerugian deposit dan manfaat insurans atau takaful dengan institusi ahlinya sekiranya berlaku kegagalan.  PIDM dibiayai sepenuhnya daripada premium atau levi yang dinilai ke atas institusi ahlinya dan tidak menerima dana awam untuk beroperasi. Ia memiliki kaedah-kaedah di bawah Akta PIDM untuk meminjam atau mengumpul dana tersebut yang mungkin diperlukan untuk memenuhi obligasi berkanunnya bagi melindungi konsumer kewangan institusi ahlinya. Sebagai sebahagian penting daripada jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.  
 

Bagi maklumat lanjut:  

Kuala Lumpur, 31 January 2020: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) issued its ‘Summary of the Corporate Plan 2020 – 2022’ here today.

PIDM’s 3-year plan is aligned with its long–term strategic priorities, which are:
  • resolution planning and intervention and failure resolution preparedness;
  • strengthening trust and confidence among its stakeholders; and
  • preparing its workforce for sustainability and growth.
Rafiz Azuan Abdullah, Chief Executive Officer of PIDM, said that PIDM is always looking at ways of improving its reimbursement systems and processes as part of its efforts towards building public confidence.

“For the planning period, we plan to complete our initiative to offer depositors yet another option for prompt reimbursement should the need arise. This means leveraging on today’s available technological capabilities and electronic payment mechanisms,” he said.

Resolution planning is also another key aspect of readiness for PIDM, aimed at heightening the financial system's resilience. Resolution planning involves, for example, obtaining information from member institutions and identifying where member institutions have functions that are critical to the financial markets and the real economy. This way, PIDM and other safety net players would be in a better position to address how they would respond during a crisis. 

“Continuous engagements are being carried out to prepare PIDM’s member banks for the phased resolution plan roll-out, expected to commence after 2022,” said Rafiz.

PIDM notes that public awareness about PIDM and its protection systems is vital in promoting confidence and trust in the financial system. PIDM will continue to execute public relations and social media campaigns to educate the public and improve their awareness of PIDM's protection systems.

PIDM is a statutory body that provides protection against the loss of deposits and insurance or takaful benefits with its member institutions in the event of a member institution failure. Member institutions are required to pay annual premiums or levies to PIDM, which go towards its protection funds. These funds will be used to reimburse eligible depositors or make payments against eligible takaful and insurance claims should a member institution fail.

For 2020, PIDM has budgeted to receive income of RM642 million, and operating expenditures of RM105 million, with a projected net surplus of RM536 million. The operating expenditures will support the execution of PIDM's strategic priorities for 2020.

The Summary of the Corporate Plan 2020 - 2022 is available at the PIDM website (www.pidm.gov.my) in Bahasa Malaysia and English.
 
For more information about this press release, please contact:
Yogendra Thavakumar, General Manager, Communications and Public Affairs Division
(Tel: 03-2173 7455 ext 7455; Email: yogendra@pidm.gov.my)   
Masami Mustaza, Manager, Communications and Public Affairs Division
(Tel: 016-3643406; Email: masami@pidm.gov.my)
 
ABOUT PIDM
PIDM is a statutory body that provides protection against the loss of deposits and insurance or takaful benefits with its member institutions in the event of a failure. PIDM is entirely funded by premiums or levies assessed on its member institutions and does not receive public funds to operate. It has the means under the PIDM Act to borrow or raise such funds as may be needed to fulfil its statutory obligations to protect financial consumers of its member institutions. As an integral part of the national financial safety net, PIDM promotes and contributes to the stability of the financial system. 

For further information:  
Share to