Dato Dr. Nik Ramlah Mahmood

Dato Dr. Nik Ramlah Mahmood

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Ogos 2016
Kelayakan:
  • Ijazah Kedoktoran, University of London, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang, University of London, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian Kelas Pertama), Universiti Malaya, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato Dr. Nik Ramlah bersara sebagai pengawal selia, setelah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 23 tahun sehingga persaraan beliau pada 31 Mac 2016. Beliau menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 1993 sebagai Pengurus Pembaharuan Undang-Undang dan bertugas dalam pelbagai jawatan termasuk Pengarah Dasar dan Pembangunan, Pengarah Eksekutif Kanan, Pengarah Urusan dan Timbalan Ketua Eksekutif.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Securities Industry Development Corporation, Institute Capital Market Research, International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Nasional Berhad, Axiata Group Berhad, United Malacca Berhad dan edotco Group Sdn. Bhd. di mana beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah.