Dato Sri (Dr) Zukri Samat

Dato Sri (Dr) Zukri Samat

Pengerusi
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
November 2023
Kelayakan:
  • Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Hull, United Kingdom
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kewangan dan Perbankan Islam), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato Sri Zukri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 November 2023.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama dalam pelbagai organisasi, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Dato Sri Zukri merupakan salah seorang anggota utama Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997/1998 di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi aktiviti penstrukturan semula dan pemulihan pinjaman.  Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Danaharta dari Julai 2003 hingga Disember 2005.
 
Jawatan-jawatan utama lain yang pernah disandang oleh Dato Sri Zukri termasuk Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Pengarah Malaysia Debt Ventures Berhad, Pengerusi Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Pengarah Asian Institute of Finance (AIF) dan Pengarah Aafaq Islamic Finance Dubai,  Emiriah Arab Bersatu.