Datuk Dr Yacob Bin Mustafa
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:November 2019
Kelayakan:
- Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Datuk Dr Yacob adalah Akauntan Negara Malaysia. Sebelum menyandar jawatan ini, beliau adalah Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Operasi) di Jabatan Akauntan Negara.
Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan seperti Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di Kementerian Kewangan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.
Datuk Dr Yacob merupakan ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia dan ahli Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun.
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Institusi Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, Prasarana Berhad dan Danainfra Nasional Berhad.