Datuk Seri Asri bin Hamidin @ Hamidon

Datuk Seri Asri bin Hamidin @ Hamidon

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
May 2020
Kelayakan:
  • Harvard Premier Business Management Program
  • Sarjana Ekonomi, Hiroshima University, Jepun
  • Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya
  • Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Datuk Seri Asri bin Hamidon @ Hamidin adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) Perbendaharaan.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih daripada 25 tahun di beberapa jabatan dan bahagian Kerajaan termasuk Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan.

Datuk Seri Asri kini menganggotai Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Bina Darulaman Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Pelaburan Hartanah Berhad, DanaInfra Nasional Berhad, Aset Tanah Nasional Berhad, GovCo Holdings Berhad, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia dan pengerusi dan pengarah 1Malaysia Development Berhad.
 
*Dato' Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, telah dilantik sebagai pengarah silih ganti kepada Datuk Seri Asri bin Hamidin @ Hamidon pada 15 Jun 2022.