Dato' Nor Eni Ismail

Dato' Nor Eni Ismail

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
September 2023
Kelayakan:
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato' Nor Eni ialah Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam sektor awam di bawah pelbagai kementerian dan jabatan termasuk Kementerian Perdagangan dan Industri, Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Perak. Beliau juga berpengalaman dalam bidang kewangan awam lebih daripada 15 tahun.

Beliau kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia, Pelaburan Hartanah Berhad dan Talent Corporation Malaysia Berhad.