Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus

Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Julai 2018
Kelayakan:
  • Certified Practising Accountant (CPA)
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Perakaunan, University of South Australia, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus adalah Gabenor ke-9 Bank Negara Malaysia. Dilantik pada Julai 2018, beliau merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 2010 hingga 2016.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Dana Kewangan Antarabangsa.

Sebagai Timbalan Gabenor, Tan Sri Nor Shamsiah bertanggungjawab untuk penyeliaan perbankan, insurans dan Takaful, perisikan dan penguatkuasaan kewangan, pengurusan tenaga kerja, kewangan dan perkhidmatan guna sama Bank Negara Malaysia. Tan Sri Nor Shamsiah menyertai Bank Negara Malaysia pada tahun 1987 dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang termasuk peraturan berhemat, perundangan, polisi dan garis panduan bagi sektor kewangan serta penyeliaan. Beliau terlibat dalam inisiatif resolusi sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia. Beliau memainkan peranan utama dalam penggubalan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020) yang melakarkkan pembangunan sistem kewangan Malaysia.

 
*Datuk Jessica Chew Cheng Lian, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, telah dilantik sebagai pengarah silih ganti kepada Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus pada 14 Julai 2022