Alex Lesley Balagurusamy bertanggungjawab melaksanakan amalan tadbir urus terbaik dalam PIDM, dan memastikan pembentukan etika dan integriti budaya PIDM. Tanggungjawab utama beliau adalah untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan integriti dan etika dalam kalangan pekerja, menyelia dan melaksanakan kod dan dasar berkaitan tingkah laku, dan memastikan Program Pematuhan korporat sentiasa berkesan, teguh dan dilaksanakan tepat pada masanya.
Alex menyertai PIDM pada tahun 2009 sebagai Pengurus, Intervensi dan Resolusi Kegagalan, dan dilantik sebagai Pengurus Kanan pada Disember 2012. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang pada Oktober 2015, dan bertanggungjawab untuk pelbagai perkhidmatan undang-undang termasuk penyediaan nasihat undang-undang, penggubalan dan semakan kontrak serta penyenggaraan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.
Alex memulakan kerjayanya dalam amalan insolvensi korporat dengan RSM Nelson Wheeler Teo Corporate Advisory Services yang mana Alex membuat pengkhususan dalam bidang penerimaan yang dilantik oleh pemegang debenture (
debenture-appointed receivership) dan pembubaran wajib.
Sebelum menyertai PIDM, Alex berkhidmat di Malaysia Debt Ventures Berhad, dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan merangka strategi pemulihan keluar bagi pinjaman tidak berbayar dan tertunggak.