Lim Lee Na

Lim Lee Na

Setiausaha Korporat dan Kaunsel Am
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Jun 2014
Kelayakan:
  • Diploma Siswazah Tadbir Urus Korporat Gunaan, Governance Institute of Australia, Australia
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Perakaunan, Australian National University, Australia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Australian National University, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Lim Lee Na menyediakan khidmat sekretariat kepada Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah. Beliau juga menyokong Lembaga Pengarah dalam membangunkan dan mengekalkan amalan tadbir urus yang baik dengan menyediakan penyelidikan dan khidmat nasihat. Lee Na menyertai PIDM pada tahun 2007 sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan dan menerajui pembangunan Sistem Pendaftaran Produk untuk mengautomasikan proses semakan dan penilaian status kebolehinsuranan produk deposit yang ditawarkan oleh bank-bank ahli serta program PIDM bagi memantau pematuhan bank-bank ahli terhadap peraturan PIDM.
 
Beliau memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri perbankan dan amalan perundangan, melalui kerjayanya di Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Southern Bank Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Tetuan Jeff Leong Poon & Wong. Beliau juga pernah menjadi editor undangundang di Reed Elsevier.
 
Lee Na menyertai Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1991. Beliau merupakan seorang Setiausaha Berkanun dan Felo di Governance Institute of Australia.

Pegawai Tadbir Urus dan Korporat Lain