Afiza Abdullah

Afiza Abdullah

Naib Presiden Eksekutif
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Januari 2022
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan (Kepujian), University of Salford, United Kingdom
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Afiza Abdullah merupakan Naib Presiden Eksekutif yang bertanggungjawab terhadap pengurusan keseluruhan rancangan resolusi kesemua institusi ahli serta fungsi yang berkaitan dengan pelbagai aspek intervensi dan resolusi, pengawasan makro pengurusan krisis dan polisi. Beliau juga menyelia penilaian, perancangan, pembubaran, dan pelaksanaan pembayaran balik tepat pada masanya dan berkesan bagi manfaat yang dilindungi dan deposit yang diinsuranskan dalam institusi ahli PIDM. Afiza menyertai PIDM pada tahun 2011 sebagai Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa dan kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa pada tahun 2016.


Dengan pengalaman luas dalam penggubalan dasar berkaitan insurans deposit, skim jaminan insurans dan resolusi, Afiza aktif menyertai pelbagai perbincangan di peringkat antarabangsa dan sering dijemput sebagai penceramah, di samping menjalankan tanggungjawab semasanya di PIDM. Beliau kini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Asia Pacific Regional Committee (APRC) bagi Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (International Association of Deposit Insurers - IADI) dan baru sahaja menamatkan tempoh sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Resolusi IADI yang telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Resolusi di bawah IADI. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi International Forum of Insurance Guarantee Schemes (IFIGS) pada tahun 2022 dan Naib Pengerusi IFIGS pada tahun 2023. 

Sebelum menyertai PIDM, Afiza memiliki pengalaman luas dalam kawal selia selama sembilan tahun dengan Bank Negara Malaysia dan terlibat antara lainnya, dalam merangka polisi berhemat bagi sektor insurans dan perbankan, pemodenan Akta Bank Pusat 2009 serta undang-undang kawal selia dan merupakan ahli pasukan teras dalam pembangunan Pelan Tindakan Kewangan Bank Negara Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah firma audit di London, United Kingdom dan menyertai sebuah bank pelaburan tempatan sekembalinya ke Malaysia, sebelum menyertai Bank Negara Malaysia.