Lee Yee Ming
Naib Presiden Eksekutif
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:Januari 2022
Kelayakan:• Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
• Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan, Western Michigan University, Amerika Syarikat
• Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (summa cum laude), Western Michigan University, Amerika Syarikat
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Lee Yee Ming merupakan Naib Presiden Eksekutif yang bertanggungjawab untuk keseluruhan inisiatif transformasi digital PIDM. Peranan beliau termasuk penubuhan Jabatan Transformasi Digital, mengetuai dan menubuhkan inisiatif proses kejuruteraan semula (reengineering process), teknologi, keupayaan dan budaya yang bertujuan mengukuhkan asas digital PIDM dan meningkatkan kecekapan proses untuk mengekalkan kedudukan PIDM selari dengan industri kewangan dan kawal selia yang berkembang. Selain daripada teknologi maklumat dan keselamatan siber, Yee Ming juga menyelia fungsi strategi data dan tadbir urus.
Yee Ming menyertai PIDM pada tahun 2007 sebagai Ketua Pegawai Risiko. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa pada tahun 2011, dan dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, Unit Perancangan Resolusi pada Disember 2016 dan seterusnya membentuk Bahagian Penilaian Risiko dan Resolusi pada Januari 2018.
Sebelum menyertai PIDM, Yee Ming mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perundingan dan perbankan dalam pelaksanaan Basel II, pengurusan risiko organisasi dan audit dalaman. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah institusi kewangan di Illinois, Amerika Syarikat dan kemudiannya menyertai Ernst & Young di Kuala Lumpur, Malaysia dan Taipei, Taiwan.