Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi
Naib Presiden Eksekutif
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:Januari 2022
Kelayakan:
- Felo, Chartered Accountants Australia dan New Zealand (CAANZ)
- Ahli Institut Akauntan Malaysia
- Akauntan Awam Bertauliah (Malaysia) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
- Akauntan Awam Bertauliah ASEAN
- Ahli bertauliah Institut Kewangan Islam Bertauliah (CPIF)
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, University of Melbourne, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Wan Ahmad Ikram merupakan Naib Presiden Eksekutif yang bertanggungjawab menyelia fungsi kewangan, operasi dan penglibatan pihak berkepentingan. Sebelum ini, beliau terlibat dalam pelbagai bidang operasi PIDM dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan, serta mengambil peranan dalam bidang jaminan dan nasihat sebagai Ketua Juruaudit Dalaman.
Ikram memulakan kerjayanya dengan Telekom Malaysia Berhad sebelum meneruskan kerjaya perakaunan profesionalnya bersama KPMG di Melbourne, Australia. Setelah kembali ke Malaysia, beliau menyertai Tahan Insurance Malaysia Berhad sebagai Ketua Juruaudit Dalaman dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan.
Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam pelbagai peranan dalam beberapa organisasi dalam bidang pengauditan luaran dan dalaman, pengurusan risiko, operasi dan pentadbiran pejabat, operasi perakaunan dan kewangan, perbendaharaan dan pengurusan dana, perancangan korporat, kewangan korporat, penstrukturan semula korporat, pengurusan proses perniagaan. dan pematuhan serta teknologi maklumat. Baru-baru ini, beliau juga lebih terlibat dalam peranan kepimpinan strategik, pengurusan dan penglibatan pihak berkepentingan.