PIDM ditubuhkan pada tahun 2005 untuk melindungi pendeposit serta pemilik polisi takaful dan insurans dan mempromosikan kestabilan sistem kewangan. Dua puluh tahun kemudian, sempena ulang tahun ke-20 kami, kami merenung kembali bukan sahaja sejauh mana kami telah melangkah tetapi juga kekuatan asas yang telah mengekalkan keyakinan terhadap sistem kewangan kami. Tahun 2025 turut menjadi titik penting kerana ia menyimpulkan Pelan Korporat 2023–2025 kami, bertemakan “Merealisasikan Kesediaan”, di mana kami memperkukuh keupayaan merentas bidang utama dan meningkatkan ketangkasan kami untuk bertindak balas dengan berkesan dalam persekitaran yang semakin dinamik.
Baca lagi
Memperkukuh keupayaan campur tangan dan resolusi PIDM dengan meningkatkan kesediaan dalaman serta memastikan pihak berkepentingan utama bersedia untuk menyokong pelaksanaan krisis yang berkesan, disokong oleh tiga KRA.
Memperhebat pendekatan kesedaran awam PIDM dengan memanfaatkan tema literasi kewangan dan mengoptimumkan penggunaan saluran komunikasi digital PIDM untuk mempromosikan peranan PIDM sebagai pihak berkuasa perlindungan pengguna kewangan dan resolusi negara bagi institusi ahli PIDM. Teras Strategik 2 disokong oleh dua KRA.
Membina asas yang kukuh untuk perubahan dengan menyemai asas budaya digital dan kemampanan dalam kalangan kakitangan serta melengkapkan mereka dengan kemahiran bersedia masa hadapan, menggunakan analitik data untuk pembuatan keputusan yang lebih baik, mereka bentuk semula proses operasi teras dan infrastruktur teknologi, dan memodenkan aplikasi sistem kami dengan keselamatan yang diperkukuh sambil mengekalkan tadbir urus yang kukuh dan operasi yang berkesan. Teras Strategik 3 disokong oleh empat KRA.
Pada tahun 2005, Malaysia mengukuhkan asas kestabilannya dengan dua cara yang berbeza namun selari. Di tahun tersebut, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ditubuhkan untuk membina keyakinan awam serta menggalakkan kestabilan dalam system kewangan. Pada masa yang sama, di bawah bandar raya Kuala Lumpur, pembinaan Terowong SMART sedang giat dijalankan – sebuah projek mega infrastruktur negara yang bertujuan untuk mengurangkan risiko banjir kilat di samping melancarkan aliran trafik. Sekilas pandang, mandat kedua‑duanya nampak berbeza.
Klik di sini untuk membaca lanjut tentang Pelan Korporat kami.