Cara Terbaik Menguruskan Hutang Anda

Walaupun gaya hidup bebas hutang nampak menarik dan ideal, tapi hakikatnya ia tidak realistik. Tambahan, dalam situasi kehidupan sekarang kita tidak dapat lari daripada berhutang. Hutang atau liabiliti dapat membantu kita meguruskan kelangsungan hidup dan memiliki aset atau mencapai sesuatu impian seperti meyambung pelajaran, membeli kenderaan dan juga membeli rumah pertama.
 
Sebenarnya, perkara yang penting dalam memastikan kekukuhan kewangan kita bukanlah hidup tanpa hutang, sebaliknya menguruskan hutang dengan lebih bijak.
 
Tahukah anda terdapat pelbagai jenis hutang yang boleh membantu anda memperbaiki status kewangan anda? Walau bagaimanapun, jika hutang-hutang ini tidak diuruskan dengan baik, ia boleh membebankan anda.
 
Apabila anda tidak konsisten dalam membuat bayaran ansuran bulanan, jumlah hutang akan meningkat disebabkan faktor-faktor lain seperti caj lewat bayar dan faedah berganda.
 
Jika anda memerlukan pertolongan untuk menguruskan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk nasihat yang lebih mendalam. Bagi pemilik bisnes kecil atau Small Medium Enterprise (SME), anda juga boleh menghubungi Meja Bantuan PKS AKPK bagi mendapatkan nasihat kewangan sektor perusahaan kecil dan sederhana.
 
Mulakan perancangan kewangan dengan membuat pengiraan menggunakan Kalkulator SPK untuk melihat kedudukan kewangan anda sekarang.
 
Share to