• BM
    • EN
  • Cari

  • Cari

  • BM
    • EN
  • Mengenai PIDM
    • Mandat
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Eksekutif
    • Struktur Organisasi
    • Tadbir Urus Korporat
      • Pegawai Tadbir Urus
      • Manual Tadbir Urus
      • Rangka Kerja Tadbir Urus
      • Laporan Tadbir Urus
      • Struktur Organisasi
    • Whistleblowing
  • Bagaimana ANDA Dilindungi
    • Bagaimana PIDM Melindungi Anda
    • Sistem Insurans Deposit
      • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
      • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Akaun Amanah
      • Bank-Bank Ahli
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
      • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Ahli Penginsurans
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Resolution
      • PIDM’s Role in the Financial Safety Net System
      • PIDM's Resolution Approach
      • Planning to Ensure an Effective Resolution by PIDM
      • Strategic Importance and Benefits of Resolution Planning
      • Resolution Planning Exposure Draft
  • Laman Informasi
    • Acara
    • Rencana
      • SPK
      • Lain-Lain Artikel
    • Penerbitan Korporat
      • Rancangan Korporat
      • Laporan Tahunan
      • Laporan Tahunan 2021
    • Laporan dan Pandangan
      • Savings Report
      • Insurance Report
  • Rujukan Umum
    • Nasihat Pengguna Kewangan
      • Penyalahgunaan Logo PIDM
      • Lain-lain
    • Kempen Awam
      • Iklan (Bercetak, TV & Radio)
      • Video Pendidikan
      • Sedia Payung Kewangan
      • Financial Education Network
  • Untuk Institusi Ahli
    • Bahan Maklumat
      • Bahan Maklumat Insurans Deposit
      • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
    • Perundangan
      • Akta
      • Peraturan-Peratuan
      • Perintah-Perintah
      • Kaedah-Kaedah
      • Garis Panduan
      • Arahan-Arahan
      • Nota-Nota
    • Kertas Perundingan
    • Portal Industri
      • Sumber
      • Log Masuk
  • Lagi
    • Kerjaya
    • Program Biasiswa Sarjana Muda
      • Soalan Lazim Program Biasiswa Sarjana Muda
    • Siaran Media
    • Hubungi Kami
  1. Home
  2. Bagaimana ANDA Dilindungi
  3. Sistem Insurans Deposit
  4. Soalan Lazim Mengenai PIDM

Soalan Lazim Mengenai PIDM

FAQ

J: PIDM ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM ditubuhkan pada tahun 2005 untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit bagi melindungi pendeposit.
 
Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telah diperluaskan bagi mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans.
 
Di Malaysia, kami dikenali sebagai PIDM, singkatan bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Di peringkat antarabangsa, kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC).

J: Keahlian PIDM terdiri daripada bank-bank ahli dan ahli penginsurans. Kesemua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan kesemua bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, termasuk subsidiari bank-bank asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, merupakan bank ahli PIDM. Kesemua pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga dan/atau am di Malaysia, serta syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans hayat dan/atau am di Malaysia, termasuk subsidiari syarikat-syarikat insurans asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, adalah ahli penginsurans PIDM.

J: Premium dan levi tahunan akan dibayar oleh bank-bank ahli dan ahli penginsurans kepada PIDM. Sebagai pendeposit atau pemilik sijil takaful / polisi insurans, anda tidak perlu membayar apa-apa premium kepada PIDM untuk menikmati perlindungan yang disediakan oleh PIDM.

J: Mandat berkanun PIDM adalah untuk: 
  • Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
  • Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans1; 
  • Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan 
  • Menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan2
  • Dalam mencapai matlamat di bawah perenggan (1) dan (2), PIDM akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

J: PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi institusi ahli untuk melaksanakan amalan pengurusan risiko yang mantap.

PIDM ialah badan berkuasa resolusi di Malaysia bagi bank-bank ahli dan ahli penginsurans, dan mempunyai pelbagai kuasa perundangan untuk melaksanakan intervensi lebih awal  terhadap institusi ahli yang bermasalah bagi mengurangkan kemungkinan kegagalan institusi ahli. Kegagalan di sini bermaksud bank ahli tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Sekiranya perlu, apabila sesebuah institusi ahli dianggap sudah tidak lagi berdaya maju oleh Bank Negara Malaysia, PIDM boleh mengambil alih kawalan ke atas institusi tersebut atau melakukan intervensi bagi melaksanakan resolusi terhadap institusi ahli dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

J: Bank Negara Malaysia merupakan pengawal selia utama sistem kewangan, dan bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDM berfungsi melengkapkan peranan Bank Negara Malaysia dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurus Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dengan cara yang menggalakkan pengurusan risiko berhemat dalam kalangan institusi ahli.

J: PIDM ditadbir urus oleh Lembaga Pengarah yang dianggotai oleh pengarah yang dilantik oleh Menteri Kewangan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta. Seorang Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah manakala wakil-wakil lain ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pengarah lain daripada sektor awam, dan pengarah daripada sektor swasta dengan pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan. 

J: Institusi yang bukan bank ahli PIDM termasuk: 
  • Bank pelaburan
  • Cawangan luar negara bank ahli
  • Institusi kewangan pembangunan dan bank koperasi
  • Kesemua pengantara kewangan bukan bank seperti kumpulan wang simpanan dan pencen, pertubuhan koperasi, institusi pinjaman perumahan dan persatuan pembagunan yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. 

J: Institusi yang bukan ahli penginsurans PIDM termasuk:

  • Syarikat insurans semula dan pengendali takaful semula
  • Pengendali takaful antarabangsa berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Penginsurans jaminan kewangan seperti Danajamin Nasional Berhad
  • Syarikat insurans luar pesisir
  • Peserta industri insurans yang lain, seperti broker insurans dan ajuster

J: Institusi ahli dikehendaki membayar premium dan levi tahunan untuk membiayai Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, serta mematuhi terma dan syarat keahlian yang ditetapkan oleh PIDM.

J: Keahlian adalah kekal kecuali ditamatkan oleh PIDM. PIDM boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, menamatkan keahlian sekiranya Bank Negara Malaysia menetapkan bahawa sesebuah institusi ahli telah menjadi, atau akan menjadi, tidak berdaya maju. Apabila keahlian ditamatkan, institusi ahli tersebut tidak boleh menerima deposit baharu atau menjual apa-apa sijil takaful atau polisi insurans yang baharu.

J: PIDM akan membatalkan keahlian sekiranya lesen sesebuah institusi ahli telah dibatalkan oleh Bank Negara Malaysia atau sekiranya institusi ahli tersebut telah menyerahkan semula lesennya kepada Bank Negara Malaysia.

J: Sila hubungi talian maklumat bebas tol PIDM: 1-800-88-1266, Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel kepada: info@pidm.gov.my
  • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
  • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
  • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
  • Akaun Amanah
  • Bank-Bank Ahli
  • Bahan Maklumat Awam
    • Risalah
    • Video
  • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
  • Soalan Lazim Mengenai PIDM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Level 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Untuk surat menyurat:
P.O.Box. 13071
50798 Kuala Lumpur

Tel: +603-2173 7436 / 2265 6565
Fax: +603-2173 7527 / 2260 7432
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
Emel: info@pidm.gov.my

 

Navigasi

  • Mengenai PIDM
  • Sistem Perlindungan
  • Penerbitan
  • Kesedaran Awam
  • Sumber MI

Maklumat Lanjut

  • Bank-Bank Ahli
  • Ahli Penginsurans
  • Kerjaya
  • Siaran Media
  • Hubungi Kami
  • Portal Industri

Lain-lain

  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Amaran Penipuan

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2023. All rights reserved.
×

Accessibility Settings

If you are having any difficulties to view our website please use the below settings for better accessibility