• BM
    • EN
  • Cari

  • Cari

  • BM
    • EN
  • Mengenai PIDM
    • Mandat
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Eksekutif
    • Struktur Organisasi
    • Tadbir Urus Korporat
      • Pegawai Tadbir Urus
      • Manual Tadbir Urus
      • Rangka Kerja Tadbir Urus
      • Laporan Tadbir Urus
      • Struktur Organisasi
    • Whistleblowing
  • Bagaimana ANDA Dilindungi
    • Bagaimana PIDM Melindungi Anda
    • Sistem Insurans Deposit
      • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
      • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Akaun Amanah
      • Bank-Bank Ahli
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
      • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Ahli Penginsurans
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Resolution
      • PIDM’s Role in the Financial Safety Net System
      • PIDM's Resolution Approach
      • Planning to Ensure an Effective Resolution by PIDM
      • Strategic Importance and Benefits of Resolution Planning
      • Resolution Planning Exposure Draft
  • Laman Informasi
    • Acara
    • Rencana
      • SPK
      • Protection Systems
      • Governance
      • PIDM Scholars
    • Penerbitan Korporat
      • Rancangan Korporat
      • Laporan Tahunan
      • Laporan Tahunan 2021
    • Laporan dan Pandangan
      • Savings Report
      • Insurance Report
  • Rujukan Umum
    • Nasihat Pengguna Kewangan
      • Penyalahgunaan Logo PIDM
      • Lain-lain
    • Kempen Awam
      • Iklan (Bercetak, TV & Radio)
      • Video Pendidikan
      • Sedia Payung Kewangan
      • Financial Education Network
  • Untuk Institusi Ahli
    • Bahan Maklumat
      • Bahan Maklumat Insurans Deposit
      • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
    • Perundangan
      • Akta
      • Peraturan-Peratuan
      • Perintah-Perintah
      • Kaedah-Kaedah
      • Garis Panduan
      • Arahan-Arahan
      • Nota-Nota
    • Kertas Perundingan
    • Portal Industri
      • Sumber
      • Log Masuk
  • Lagi
    • Kerjaya
    • Program Biasiswa Sarjana Muda
      • Soalan Lazim Program Biasiswa Sarjana Muda
    • Siaran Media
    • Hubungi Kami
  1. Home
  2. Bagaimana ANDA Dilindungi
  3. Sistem Insurans Deposit
  4. Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit

Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit

Deposit Insurance System (FAQs)

J: Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi pendeposit, sama ada individu atau entiti perniagaan, daripada kehilangan wang deposit diinsuranskan sekiranya berlaku kegagalan bank ahli. Kegagalan di sini bermaksud bank ahli tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Sistem insurans deposit di Malaysia ditadbir oleh PIDM.

J: Semua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan semua bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983, termasuk bank-bank asing yang beroperasi di Malaysia, merupakan bank-bank ahli PIDM. Keahlian adalah wajib mengikut peruntukan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

Bank perdagangan dan bank Islam yang merupakan institusi ahli PIDM juga dikenali sebagai ‘bank ahli’. Sila perhatikan tanda keahlian ini di semua pintu masuk cawangan bank anda.


pidm.jpg

J: Tidak, anda tidak perlu memohon atau mendaftar bagi perlindungan ini. Insurans deposit disediakan secara automatik bagi akaun deposit yang layak.

J: Deposit anda yang layak dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Had RM250,000 ini termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah/pulangan.

J: Tidak. Insurans deposit bukan satu produk insurans am atau hayat. Perlindungan ini disediakan oleh Kerajaan menerusi PIDM.

J: Deposit yang layak dilindungi termasuk akaun simpanan dan semasa, deposit tetap, deposit mata wang asing, akaun deposit Islam dan draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit.

J: Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia, deposit pasaran wang antara bank, instrumen deposit boleh niaga (NIDs) dan deposit pembawa lain, perjanjian pembelian semula serta produk pelaburan atau akaun berkaitan emas tidak dilindungi oleh PIDM.

J: Tidak. Unit amanah dan saham tidak layak mendapat perlindungan insurans deposit.

J: Bank ahli sepatutnya memaklumkan kepada anda sama ada sesuatu produk deposit layak atau tidak layak mendapat perlindungan insurans deposit sebelum anda menyimpan wang di bank tersebut. Semua produk deposit yang layak untuk perlindungan insurans deposit disenaraikan dalam satu daftar senarai yang boleh didapati di bank ahli.

 
Keperluan ini adalah sejajar dengan Peraturan Peruntukan Maklumat Insurans Deposit 2011 bagi memastikan bank-bank ahli menyediakan maklumat yang tepat, relevan dan terkini mengenai perlindungan insurans deposit dan skop perlindungan.

J: Ya. Deposit Islam dan konvensional layak mendapat had perlindungan yang berasingan sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

J: Tidak. Deposit anda di bank ahli yang berbeza dilindungi secara berasingan. Dalam erti kata lain, setiap pendeposit mendapat had perlindungan insurans deposit berasingan sebanyak RM250,000 di setiap bank ahli.

J: Tidak. Deposit yang disimpan dalam cawangan berbeza sesebuah bank ahli akan dijumlahkan bagi tujuan perlindungan insurans deposit.

J:

  • Akaun bersama – Akaun bersama mendapat perlindungan insurans deposit secara berasingan asalkan rekod bank ahli menyenaraikan nama pemegang-pemegang akaun bersama.
  • Akaun amanah – Benefisiari boleh mendapat perlindungan secara berasingan sekiranya pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun yang tertakluk kepada setiap benefisiari pada rekod bank ahli. Setiap benefisiari dilindungi sehingga RM250,000 secara berasingan daripada deposit diinsuranskan lain yang dipegang secara milikan individu.
  • Akaun perniagaan milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan akaun syarikat.

Contoh ini menjelaskan perlindungan insurans deposit secara berasingan bagi pendeposit yang memegang beberapa akaun dalam sesebuah bank ahli:

Pendeposit

Jenis deposit

Amaun (RM)

Dilindungi (RM)

Ahmad

Simpanan

300,000

250,000

Ahmad dan isteri

Semasa

300,000

250,000

Ahmad, isteri dan anak perempuan

Simpanan

250,000

250,000

Ahmad, Leong & Co. (firma perundangan)

Semasa

200,000

200,000

Ahmad & Ali Sdn. Bhd.

Semasa

50,000

50,000

Jumlah deposit

1,100,000

 

Jumlah deposit yang dilindungi

 

1,000,000

J: Tidak. Tidak sama seperti deposit Islam dan konvensional, deposit dalam Ringgit Malaysia dan deposit mata wang asing tidak dilindungi secara berasingan walaupun disimpan dalam bank ahli yang sama. Deposit mata wang asing akan ditukar nilai kepada Ringgit Malaysia dan dijumlahkan dengan deposit lain (contohnya deposit simpanan, semasa dan tetap) bagi perlindungan sehingga RM250,000.

J: Anda akan terus menikmati perlindungan insurans deposit berasingan bagi tempoh dua tahun atau sehingga kematangan atau sehingga pengeluaran deposit sepenuhnya, yang mana lebih awal.

J: Anda tidak perlu membuat sebarang tuntutan. PIDM akan membuat pengumuman mengenai cara dan bila pembayaran balik wang deposit yang dilindungi akan dibuat. Pembayaran balik deposit akan dibuat berdasarkan rekod pendeposit daripada bank ahli.

J: Pendeposit boleh mengemukakan permohonan kepada pelikuidasi institusi ahli bagi menuntut kembali amaun melebihi jumlah deposit yang diinsuranskan.

J: Tempat bermastautin atau kewarganegaraan anda tidak menjejaskan perlindungan insurans deposit. Deposit yang disimpan di bank ahli PIDM akan dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

J: Tidak, PIDM tidak melindungi deposit yang disimpan dalam institusi-institusi ini. Namun begitu, deposit itu mungkin dilindungi oleh skim perlindungan atau insurans deposit yang berkuat kuasa di negara operasi cawangan atau subsidiari tersebut.

J: Sila hubungi talian maklumat bebas tol PIDM: 1-800-88-1266, Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau emel kepada info@pidm.gov.my

  • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
  • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
  • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
  • Akaun Amanah
  • Bank-Bank Ahli
  • Bahan Maklumat Awam
    • Risalah
    • Video
  • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
  • Soalan Lazim Mengenai PIDM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Level 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Untuk surat menyurat:
P.O.Box. 13071
50798 Kuala Lumpur

Tel: +603-2173 7436 / 2265 6565
Fax: +603-2173 7527 / 2260 7432
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
Emel: info@pidm.gov.my

 

Navigasi

  • Mengenai PIDM
  • Sistem Perlindungan
  • Penerbitan
  • Kesedaran Awam
  • Sumber MI

Maklumat Lanjut

  • Bank-Bank Ahli
  • Ahli Penginsurans
  • Kerjaya
  • Siaran Media
  • Hubungi Kami
  • Portal Industri

Lain-lain

  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Amaran Penipuan

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2023. All rights reserved.
×

Accessibility Settings

If you are having any difficulties to view our website please use the below settings for better accessibility