Datuk Johan Mahmood Merican

Datuk Johan Mahmood Merican

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2023
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi, University of Cambridge, United Kingdom
  • Institute of Chartered Accountants in England and Wales
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Datuk Johan Mahmood Merican merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang dilantik pada bulan Februari 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara di Kementerian Kewangan.
 
Datuk Johan Mahmood Merican juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) di Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat selama 9 tahun dalam sektor swasta dalam bidang kewangan korporat dan perakaunan.
 
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holding Berhad, Pelabuhan Perindustrian Samalaju Sdn Bhd, Malaysia Airports Holding Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pengurusan Aset Air Berhad, Govco Holdings Berhad, MyDIGITAL Corporation, Pembinaan PFI Sdn Bhd, Universiti Malaya, Malaysia dan juga Pengerusi, Lembaga Hasil Dalam Negeri.

 
*Encik Abdillah Azizudin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, telah dilantik sebagai pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican pada 15 September 2023