Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM).

Peranan kami di bawah Akta PIDM ini adalah untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan.

PIDM juga diberi mandat untuk menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, serta menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan

Apakah perlindungan yang disediakan oleh PIDM?

Sistem Insurans Deposit

Melindungi pendeposit terhadap kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank ahli, sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

MANDAT PIDM

Mandat PIDM dinyatakan dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, dan matlamatnya adalah untuk:
  • Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
  • Menyediakan perlindungan kepada pendeposit atau pemilik sijil takaful atau polisi insurans sekiranya institusi ahli gagal;1
  • Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan
  • Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.2

Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (1) dan (2), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

VISI KAMI

Memperkukuhkan keyakinan dengan menjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dan resolusi dengan amalan terbaik

MISI KAMI

Melaksanakan mandat kami secara efektif, dengan komitmen membawa perubahan kepada komuniti kita dan kakitangan kami

NILAI KORPORAT

  • Gratefulness
  • Reliability
  • Excellence
  • Agility
  • Trustworthiness