Bagaimana untuk mendedahkan maklumat berkenaan salah laku di tempat kerja kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan/atau apa-apa salah laku yang menjadi suatu kesalahan di bawah Akta PIDM 2011

Langkah 1: Kepada siapa aduan anda boleh diserahkan?
1

JAWAPAN

  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Ketua Pegawai Operasi, sekiranya pendedahan tersebut tidak berkaitan dengan Pengerusi atau Ketua Pegawai Operasi.
2

JAWAPAN

  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Ketua Pegawai Operasi.
3

JAWAPAN

  1. Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah
Langkah 2: Bagaimana untuk menyerahkan aduan anda?

SECARA BERTULIS - SURAT MENURAT

 
  • Berikan butiran anda
  • Lampirkan dokumen yang berkaitan
  • Masukkan ke dalam sampul surat dan tutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat.
  • Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Klik pada Tab "Langkah 1: Kepada siapakah aduan and boleh diserahkan" untuk maklumat lanjut.
  • Alamatkan atau hantar ke:Aras 12, Menara Axiata, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

SECARA BERTULIS - MENGGUNAKAN BORANG PIDM

  • Cetak Borang Pendedahan Maklumat Berkenaan Salah Laku di Tempat Kerja daripada laman sesawang PIDM
  • Lengkapkan Borang tersebut
  • Lampirkan dokumen yang berkenaan
  • Masukkan ke dalam sampul surat dan ditutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat.
  • Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Klik pada Tab "Langkah 1: Kepada siapakah aduan and boleh diserahkan" untuk maklumat lanjut.
  • Alamatkan atau hantar ke: Aras 12, Menara Axiata, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

SECARA LISAN

 
  • Hubungi PIDM di 03-2173 7436
  • Maklumkan Kepada penyambut tetamu yang anda ingin membuat aduan mengikut Polisi Pendedahan Maklumat Salah laku PIDM di Tempat Kerja.
  • Berikan butiran anda
  • Maklumkan kepada penyambut, Pegawai Diberi Kuasa yang ingin anda hubungi bagi membuat aduan tersebut
  • Pegawai berkaitan dari PIDM akan menghubungi anda