Berikut adalah beberapa contoh bahan pemasaran palsu yang mempunyai maklumat yang tidak tepat mengenai perlindungan PIDM atau membuat salah nyataan bahawa mereka, atau entiti yang menerbitkan bahan pemasaran tersebut, dilantik oleh PIDM.

Senarai ini tidak lengkap dan di kumpulkan berdasarkan maklumat yang diterima oleh PIDM pada masa penerbitan. PIDM akan mengemas kini halaman ini dari semasa ke semasa. Sekiranya sesuatu bahan pemasaran tidak disenaraikan atau telah dikeluarkan daripada senarai ini, ia tidak bermakna ia telah mendapat kebenaran daripada PIDM atau memberi gambaran yang tepat mengenai perlindungan PIDM. Sekiranya terdapat keraguan, sila hubungi PIDM sebelum membuat sebarang tindakan bagi maklumat lanjut.
 
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap percubaan penipuan. Terdapat beberapa pihak yang membuat penyataan palsu bahawa  produk mereka dilindungi oleh PIDM atau mereka merupakan institusi ahli PIDM. Maklumat mengenai perlindungan PIDM dan senarai institusi ahli PIDM boleh didapati di https://www.pidm.gov.my/bm/for-public/deposit-insurance-system-dis/member-banks/. Sila hubungi info@pidm.gov.my atau hubungi 1-800-88-1266 jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM atau mengesahkan status keahlian sesuatu entiti.