Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2021 terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja. Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian (‘online’). Tarikh akhir untuk permohonan adalah pada 3 Mei 2021, jam 6.00 petang.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.
Bagaimana saya boleh mendapatkan borang permohonan?
LOG MASUK
Soalan lazim disediakan untuk membantu anda sekiranya terdapat sebarang pertanyaan semasa mengisi Borang Permohonan:
SOALAN LAZIM
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Beatrice Low di talian 03-2173 7475.