Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya sesebuah ahli penginsurans mengalami kegagalan dan ahli penginsurans tersebut tidak dapat memenuhi tuntutan manfaat takaful atau insurans yang layak. Kegagalan di sini bermaksud ahli penginsurans tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Pengendali takaful dan syarikat insurans yang merupakan institusi ahli PIDM juga dikenali sebagai ‘ahli penginsurans’.
Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010 dan ditadbir oleh PIDM.
Accessibility Settings
If you are having any difficulties to view our website please use the below settings for better accessibility