Kesemua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan kesemua bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, termasuk subsidiari bank-bank asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, merupakan bank ahli PIDM. Keahlian PIDM adalah wajib seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

Bank ahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian ini di pintu masuk cawangan mereka.

 
  Tanda Keahlian PIDM  
  Decal for Peninsular  


Bank-bank ahli PIDM:

Bank-bank Komersil
  • Affin Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • AmBank (M) Berhad
  • Bangkok Bank Berhad
  • Bank of America Malaysia Berhad
  • Bank of China (Malaysia) Berhad
  • BNP Paribas Malaysia Berhad*
  • China Construction Bank Msia Bhd
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad*
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad*
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • India International Bank (Malaysia) Berhad
  • Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
  • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
  • Malayan Banking Berhad
  • Mizuho Bank (Malaysia) Berhad (formerly known as Mizuho Corporate Bank (Malaysia) Berhad)
  • MUFG Bank (Malaysia) Berhad (formerly known as Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (M) Berhad)*
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
  • The Bank of Nova Scotia Berhad
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
Bank-bank Islam
  • Affin Islamic Bank Berhad
  • Alliance Islamic Bank Berhad
  • Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  • AmBank Islamic Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • CIMB Islamic Bank Berhad
  • Hong Leong Islamic Bank Berhad
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad
  • Maybank Islamic Berhad
  • MBSB Bank Berhad (formerly known as Asian Finance Bank Berhad)
  • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  • OCBC Al-Amin Bank Berhad
  • Public Islamic Bank Berhad
  • RHB Islamic Bank Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad

Institusi bukan ahli

  • Bank pelaburan
  • Cawangan luar negara bank ahli
  • Institusi kewangan pembangunan dan bank koperasi
  • Kesemua pengantara kewangan bukan bank seperti kumpulan wang simpanan dan pencen, pertubuhan koperasi, institusi pinjaman perumahan dan persatuan pembangunan yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

  *menandakan bank ini menyediakan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (SPI). SPI ditakrifkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai skim perbankan Islam yang disediakan oleh institusi berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan berasaskan prinsip-prinsip Islam.