Pemberian Maklumat

Bagaimana untuk mendedahkan maklumat berkenaan salah laku di tempat kerja kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan/atau apa-apa salah laku yang menjadi suatu kesalahan di bawah Akta PIDM 2011

LANGKAH 1

Kepada siapa aduan anda boleh diserahkan?

1
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Kaunsel Am, sekiranya pendedahan tersebut tidak berkaitan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah atau Kaunsel Am.
2
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Kaunsel Am.
3
  1. Pengerusi Jawatankuasa Audit, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah.

LANGKAH 2

Bagaimana untuk menyerahkan aduan anda?

SECARA BERTULIS - SURAT MENYURAT

Nota Penting

  1. Berikan butiran anda
  2. Lampirkan dokumen yang berkaitan
  3. Masukkan ke dalam sampul surat dan tutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat
  4. Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Rujuk kepada "Langkah 1: Kepada siapakah aduan anda boleh diserahkan?" untuk maklumat lanjut
  5. Alamatkan atau hantar ke: Aras 9, Bangunan AICB, 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur

SECARA BERTULIS - MENGGUNAKAN BORANG PIDM

Nota Penting

  1. Cetak Borang Pendedahan Maklumat Berkenaan Salah Laku daripada laman sesawang PIDM
  2. Lengkapkan borang tersebut
  3. Lampirkan dokumen yang berkenaan
  4. Masukkan ke dalam sampul surat dan ditutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat
  5. Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Rujuk kepada "Langkah 1: Kepada siapakah aduan anda boleh diserahkan?" untuk maklumat lanjut
  6. Alamatkan atau hantar ke: Aras 9, Bangunan AICB, 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur

SECARA LISAN

  1. Hubungi PIDM di 03-2173 7436
  2. Maklumkan kepada penyambut tetamu yang anda ingin membuat aduan mengikut Polisi Pendedahan Maklumat Berkenaan Salah Laku PIDM di Tempat Kerja
  3. Berikan butiran anda
  4. Maklumkan kepada penyambut, Pegawai Diberi Kuasa yang ingin anda hubungi bagi membuat aduan tersebut
  5. Pegawai berkaitan daripada PIDM akan menghubungi anda