Program Biasiswa Sarjana Muda

Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM

Realisasikan Impian Anda

Program ini membantu rakyat Malaysia yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan, bagi memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dan terus fokus dalam membina masa depan yang lebih baik.
Permohonan Biasiswa

Permohonan Biasiswa Prasiswazah PIDM Kini Dibuka

PENTING: SILA BACA SEBELUM MEMOHON

Langkah-Langkah Memohon Biasiswa PIDM

  1. Sila rujuk bahagian Maklumat Biasiswa dan Soalan Lazim (FAQ) di halaman ini sebelum memohon.
  2. Untuk memulakan permohonan anda, sila klik ‘Mohon Sekarang’ untuk melengkapkan pendaftaran bagi akses ke portal biasiswa. Pautan ini juga akan berfungsi sebagai pintu masuk anda untuk semua log masuk seterusnya sepanjang tempoh permohonan.
  3. Semua permohonan hendaklah dihantar secara dalam talian, beserta dokumen sokongan yang diperlukan, selewat‑lewatnya pada jam 11:59 malam, 24 April 2026.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Mohon Sekarang 


Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila e‑mel kepada kami di [email protected] atau hubungi 03‑2303 0467.

Apakah Yang Ditawarkan Di Bawah Biasiswa Ini?

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan.

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia berumur di bawah 25 tahun (pada 1 Januari 2026).
  • Pelajar yang telah menamatkan atau sedang berada dalam semester akhir Pra‑Universiti.
  • Pelajar yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak memohon.

Keperluan Akademik

  • SPM: Minimum 5A (termasuk kredit dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris).
  • STPM / A‑Levels: Minimum 2A; ATAU
     Asasi / Matrikulasi / Diploma: Minimum PNGK 3.50.
  • Bagi pelajar yang sedang mengikuti program ijazah sarjana muda:  Perlu memenuhi syarat akademik di atas dan mengekalkan PNGK 3.50.

Syarat-Syarat Lain

  • Mesti merupakan pelajar sepenuh masa (diterima masuk atau sedang menunggu penempatan) dalam kursus berkaitan dengan bidang keutamaan PIDM, diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), di universiti dalam Malaysia berdasarkan senarai universiti yang diluluskan oleh PIDM.
  • Pemohon mesti membuktikan ketidakmampuan untuk mengikuti pengajian tanpa bantuan kewangan.
  • Bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain.
  • Tiada sejarah penamatan biasiswa disebabkan tindakan disiplin.
  • Keutamaan diberikan kepada universiti terkemuka yang disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings dan Times Higher Education (THE) Rankings.

Notis Penting

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun.
  • Elaun maksimum sehingga RM9,000 setahun atau RM750 sebulan.
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan.
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.
  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).


Senarai prasyarat merangkumi:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa.
  2. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM.
  3. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Keutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalankecerdasan buatanreka bentuk teknologipengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.
 
Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan & kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Sains Malaysia (USM)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  17. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  19. Universiti Utara Malaysia (UUM)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  1. Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  2. INTI International University
  3. Management and Science University (MSU)
  4. Multimedia University (MMU)
  5. Sunway University
  6. Taylor’s University
  7. UCSI University
  8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  9. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  10. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  11. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Soalan-Soalan Lazim

TIDAK, Biasiswa PIDM hanya untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Ya. Sekiranya terlalu banyak subjek untuk disenaraikan, sila lengkapkan borang dengan gred PNG dan PNGK subjek semester terkini atau terakhir.

Sila isikan nama Ijazah Sarjana Muda yang sedang diikuti dan senaraikan nama Universiti. Untuk gred, sila isikan sebagai “N/A” sekiranya anda masih belum lagi memperolehi gred.

Ya, anda boleh menghantar permohonan tanpa surat tawaran jika berjaya dalam permohonan biasiswa, anda perlu mengemukakan butiran tersebut. Universiti dan bidang pengajian mestilah diluluskan oleh PIDM.

Ya, dengan syarat anda menerima surat tawaran kemasukan daripada universiti dan bidang pengajian yang diluluskan oleh PIDM sebelum Ogos pada tahun yang sama. 

Anda perlu menyediakan dokumen bukti lain seperti surat berkaitan bantuan kewangan daripada Kerajaan, sumbangan zakat, baucar tunai, borang cukai pendapatan, dll. dan muat naik pada ruangan “slip gaji”.