Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour adalah Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-10 yang dilantik pada 1 Julai 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak tahun 2016.
Dato' Seri Rasheed menyertai Bank Nagara Malaysia pada tahun 1988 dan telah menerajui pelbagai jawatan dalam fungsi utama Bank Negara Malaysia, termasuk dasar monetari dan ekonomi, pengurusan rizab antarabangsa dan pasaran kewangan, pembangunan sektor kewangan dan peraturan perbankan.
Dato' Seri Rasheed telah memainkan peranan utama dalam usaha advokasi Bank Negara Malaysia dalam hal ehwal ekonomi, termasuk perlindungan sosial dan reformasi pasaran pekerja dan sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan pandemik. Beliau juga memegang peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.
Pada peringkat antarabangsa, Dato' Seri Rasheed pernah berkhidmat di pelbagai institusi antarabangsa, seperti Islamic Financial Services Board dan Bank for International Settlements. Beliau juga telah menerajui pelbagai usaha untuk mengukuhkan integrasi dan kerjasama kewangan serantau, seperti Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Silih Ganti di Pejabat Southeast Asia Voting Group, International Monetary Fund.
*Datuk Jessica Chew Cheng Lian, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, telah dilantik sebagai pengarah silih ganti kepada Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour pada 30 Ogos 2023