TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN
Laman web ini mengandungi maklumat dan bahan yang dikumpulkan oleh PIDM bagi tujuan rujukan sahaja.
Hak cipta
Kecuali sekiranya dinyatakan, segala bahan yang terkandung dalam laman web, termasuk semua rekaan, teks dan gambar, serta program perisian atau kandungan yang disediakan dalam laman web yang dilindungi hak cipta, cap dagang dan hak-hak proprietari yang dimiliki oleh PIDM. Tiada bahagian laman web ini dibenarkan diterbitkan semula atau disimpan di laman web lain atau disekalikan dalam apa-apa sistem mendapatkan semula maklumat awam atau persendirian atau perkhidmatan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu dari PIDM.
Penafian
Penggunaan laman web PIDM adalah atas risiko pengguna semata-mata. Walaupun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, PIDM tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesan akibat, atau dipertanggungjawabkan terhadap apa jua kehilangan atau kerosakan, yang disebabkan dengan apa cara sekalipun. Di mana maklumat diterbitkan dalam bahasa selain dari bahasa Inggeris, sekiranya terdapat kesamaran dalam versi yang diterjemahkan, pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada versi bahasa Inggeris, yang mengatasi versi lain.
Apa jua maklumat atau bahan yang kami sediakan mengenai bagaimana kami mentafsirkan undang-undang atau bagaimana sesuatu masalah dirujuk adalah disediakan secara amnya tanpa mengambil kira keadaan spesifik pengguna dan tidak seharusnya dianggap sebagai ganti bagi nasihat profesional.
Pautan
PIDM menyediakan pautan kepada laman web lain untuk membantu anda mencari maklumat mengenai topik lain yang mungkin berkaitan. PIDM tidak menjamin ketepatan maklumat yang disediakan dalam laman yang dipautkan. Apa jua maklumat, bahan atau kandungan yang dirujuk kepada atau dipautkan dari laman web ini disediakan tanpa pernyataan atau waranti atau sokongan oleh PIDM.
Tiada bahagian laman web ini dibenarkan dipautkan kepada laman web lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari PIDM. Permohonan untuk mewujudkan pautan kepada laman web ini harus ditulis dan dihantar kepada:
Pengurus Besar
Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam,
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Tingkat 12, Menara Axiata, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
Bebas Tol: 1-800-88-1266
T : + 603-2173 7436
F : + 603-2173 7527 /
E :
info@pidm.gov.my
Dengan mengakses mana-mana bahagian laman web ini, pengguna dianggap sebagai menerima terma dan syarat di atas sepenuhnya.