Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
  • Umum
  • Rujukan Penting
Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
Rujukan Penting
Utama
  • Perlindungan PIDM Bagi Konsumer Kewangan
  • Mandat
  • Tadbir Urus
  • Barisan Kepimpinan Kami
  • Struktur Organisasi
  • Kerjaya
  • Program Biasiswa Sarjana Muda
  • Pemberian Maklumat
  • Sistem Perlindungan Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Kesedaran Penipuan Kewangan
  • Rencana
  • Siaran Media
  • Penerbitan Korporat
  • Laporan
  • Iklan Video
  • Iklan Bercetak
  • Iklan Radio
  • Video Pendidikan
Hubungi Kami
  • Tentang PIDM
  • Sistem Insurans Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2024
Sedia Payung Kewangan
Utama
Resolusi
Perundangan
Kertas Perundingan
  • Bahan Maklumat Insurans Deposit
  • Bahan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful
  • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
  • Sumber
  • Log Masuk
Ulang tahun ke 20
Simposium Resolusi Kebangsaan
Laporan Tahunan 2024
  1. Utama
  2. my
  3. general
  4. about-pidm
  5. meet-our-people
  6. board-of-directors

Barisan Kepimpinan Kami

Lembaga Pengarah
  • Lembaga Pengarah
  • Pengurusan Eksekutif
  • Pengurusan Kanan

Datuk Abu Huraira Abu Yazid

Pengerusi

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour

Pengarah Ex Officio

Tan Sri Johan Mahmood Merican

Pengarah Ex Officio

Datuk Dr Yacob Bin Mustafa

Pengarah

Puan Nahidah Usman

Pengarah

Encik Lee Kong Eng

Pengarah

Encik Toi See Jong

Pengarah

Encik Choong Tuck Oon

Pengarah

To' Puan Janet Looi Lai Heng

Pengarah

Encik Aznan Abdul Aziz

Pengarah silih ganti kepada Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour

Encik Imri Dolhadi Ab Wahab

Pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican
Ikuti Kami

Notis Privasi | Penafian

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2026. All Rights Reserved.

Search

Lembaga Pengarah

Datuk Abu Huraira Abu Yazid

Pengerusi

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

November 2025

 

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pengurusan Perniagaan), Universiti Malaya, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Datuk Abu Huraira telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 15 November 2025.

Datuk Abu Huraira mempunyai pengalaman kepimpinan yang luas merentasi sektor awam, khususnya dalam industri kewangan, keselamatan sosial dan logistik. Dengan kepakaran dalam operasi perbankan, pengurusan risiko dan tadbir urus kewangan, Datuk Abu Huraira telah memegang pelbagai jawatan utama dalam institusi kewangan di Malaysia, termasuk sebagai ahli Lembaga Pengarah United Overseas Bank (M) Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional. Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pengerusi Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd. dan Pengarah Eksekutif Pos Malaysia Berhad.

Datuk Abu Huraira kini berkhidmat sebagai Pengerusi MISC Berhad, Pengerusi AET Pte. Ltd. dan Pengerusi Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. 

Lembaga Pengarah

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
July 2023
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Saïd Business School, University of Oxford
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour adalah Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-10 yang dilantik pada 1 Julai 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak tahun 2016.

Dato' Sri Rasheed menyertai Bank Nagara Malaysia pada tahun 1988 dan telah menerajui pelbagai jawatan dalam fungsi utama Bank Negara Malaysia, termasuk dasar monetari dan ekonomi, pengurusan rizab antarabangsa dan pasaran kewangan, pembangunan sektor kewangan dan peraturan perbankan.

Dato' Sri Rasheed telah memainkan peranan utama dalam usaha advokasi Bank Negara Malaysia dalam hal ehwal ekonomi, termasuk perlindungan sosial dan reformasi pasaran pekerja dan sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan pandemik. Beliau juga memegang peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.

Pada peringkat antarabangsa, Dato' Sri Rasheed pernah berkhidmat di pelbagai institusi antarabangsa, seperti Islamic Financial Services Board dan Bank for International Settlements. Beliau juga telah menerajui pelbagai usaha untuk mengukuhkan integrasi dan kerjasama kewangan serantau, seperti Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Silih Ganti di Pejabat Southeast Asia Voting Group, International Monetary Fund.

--
Datuk Jessica Chew Cheng Lian telah berkhidmat sebagai pengarah silih ganti kepada Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour sehingga 1 April 2025. Encik Aznan Abdul Aziz dilantik sebagai pengarah silih ganti yang baharu bermula 9 Mei 2025

Lembaga Pengarah

Tan Sri Johan Mahmood Merican

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2023
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi, University of Cambridge, United Kingdom
  • Institute of Chartered Accountants in England and Wales
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Tan Sri Johan Mahmood Merican merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang dilantik pada bulan Februari 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara di Kementerian Kewangan.
 
Tan Sri Johan Mahmood Merican juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) di Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat selama 9 tahun dalam sektor swasta dalam bidang kewangan korporat dan perakaunan.
 
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holding Berhad, Pelabuhan Perindustrian Samalaju Sdn Bhd, Malaysia Airports Holding Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pengurusan Aset Air Berhad, Govco Holdings Berhad, MyDIGITAL Corporation, Pembinaan PFI Sdn Bhd, Universiti Malaya, Malaysia dan juga Pengerusi, Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

Lembaga Pengarah

Datuk Dr Yacob Bin Mustafa

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
November 2019
Kelayakan:
  • Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Datuk Dr Yacob merupakan bekas Akauntan Negara Malaysia. Sebelum ini, beliau adalah Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Operasi) di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan seperti Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di Kementerian Kewangan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Datuk Dr Yacob merupakan ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia dan ahli Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun. Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah MIF Investments Limited.

Lembaga Pengarah

Puan Nahidah Usman

Pengarah

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

1 Julai 2026 

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Ekonomi (Sumber Manusia), Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia 
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia 
  • Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia 

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Puan Nahidah Usman kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan. Hasil penglibatan beliau dalam pelbagai jawatan kepimpinan di Kementerian Kewangan dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri, beliau membawa pengalaman luas dalam bidang pelaburan strategik, kewangan dan pelaburan, kerjasama awam-swasta, perolehan kerajaan serta tadbir urus sektor awam.  

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Kesihatan dan Pendidikan di UKAS serta Ketua Kewangan dan Pelaburan di Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad, AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd, AmanahRaya Trustees Berhad dan Suruhanjaya Kredit Pengguna. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah di Malaysian Debt Ventures Berhad dan UDA Holdings Berhad.

Lembaga Pengarah

Encik Lee Kong Eng

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2021

Kelayakan:
  • Ahli Bersekutu Institute of Chartered Accountants in England & Wales
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan & Kewangan, University of Lancaster, United Kingdom 
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Lee Kong Eng memiliki pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang audit, kewangan korporat dan khidmat nasihat berkaitan transaksi. Sebelum bersara, beliau merupakan rakan kongsi di Bahagian Perkhidmatan Penasihat Transaksi di Ernst & Young, Malaysia. Encik Lee memiliki pengalaman luas dalam penstrukturan semula korporat, penggabungan dan pengambilalihan, serta kajian semula usaha wajar dalam pelbagai industri terutama dalam perkhidmatan kewangan, teknologi maklumat, minyak dan gas, pembuatan dan perkhidmatan.

Lembaga Pengarah

Encik Toi See Jong

Pengarah

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari: 
Februari 2026 

Kelayakan: 

  • Felo Fakulti Aktuari, Scotland
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari Statistik (Kepujian) Heriot-Watt University, Edinburgh, Scotland


Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran: 

Encik Toi See Jong pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. dan bekas Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia. Beliau juga pernah memegang jawatan lembaga pengarah di Malaysian Rating Corporation Berhad dan Malaysian Life Reinsurance Group Berhad. 

Beliau memiliki lebih 30 tahun pengalaman serantau dalam amalan insurans dan aktuari, serta pernah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan di seluruh Malaysia, Singapura, China dan Hong Kong. 

Lembaga Pengarah

Encik Choong Tuck Oon

Pengarah

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

15 Julai 2026 

Kelayakan:

  • Diploma Eksekutif dalam Kepengarahan, Singapore Management University, Singapura
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Aplikasi Komputer, Asian Institute of Technology, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas Pertama) dalam Matematik, Universiti Malaya, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Encik Choong Tuck Oon ialah Pengerusi Bukan Eksekutif Credit Guarantee Corporation (CGC) Digital Sdn Bhd serta Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FIDE FORUM dan ProtectHealth Corporation. Beliau memiliki kepakaran luas dalam sektor tadbir urus, risiko dan pematuhan dalam sektor perkhidmatan kewangan, termasuk insurans hayat dan am, perbankan komersial dan Islam, serta pendigitalan dan transformasi teknologi maklumat dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Encik Choong telah berkhidmat di Accenture selama lebih dua dekad sebelum bersara sebagai rakan kongsi utama bagi Perkhidmatan Kewangan Asia Pasifik. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang merangkumi bidang pemasaran antarabangsa, teknologi maklumat serta aktiviti penerokaan dan pengeluaran.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas CGC Malaysia Berhad, di mana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Teknologi Maklumat Lembaga Pengarah dan menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Generali Life Insurance Malaysia Berhad serta Pengarah Bukan Eksekutif Bebas NTUC Income Insurance Co-operative Limited, Star Media Group Berhad dan beberapa entiti dalam RHB Banking Group. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Pelaburan, Dana Inovasi FinTech, Tabung Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Capital Development Fund).

Lembaga Pengarah

To' Puan Janet Looi Lai Heng

Pengarah

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

15 Julai 2026

Kelayakan:

  • Diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di Mahkamah Tinggi Malaya 
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Monash University, Australia 
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Monash University, Australia 

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

To’ Puan Janet Looi Lai Heng ialah rakan kongsi utama dan Ketua Bahagian Korporat di Skrine, serta Ketua Bersama Kumpulan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance - ESG) firma tersebut. Kepakaran beliau merangkumi penggabungan dan pengambilalihan (mergers and acquisitions - M&A), tadbir urus korporat, ESG, undang-undang korporat dan komersial, pengawalseliaan perbankan, insurans dan perkhidmatan kewangan, penstrukturan semula serta insolvensi. Beliau juga memberi nasihat kepada institusi kewangan dan syarikat berhubung tadbir urus lembaga pengarah, tanggungjawab pengarah dan pengurusan kanan serta jangkaan kawal selia berkaitan ESG dan pendedahan risiko berkaitan iklim.

To’ Puan Janet telah diiktiraf sebagai pengamal tersohor dan individu terkemuka atas kepakaran beliau dalam pengambilalihan korporat, penggabungan dan pengambilalihan serta urus niaga rentas sempadan oleh beberapa penerbitan terkemuka.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas  Malaysian Resources Corporation Berhad dan turut menganggotai Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran, serta Jawatankuasa Eksekutif syarikat tersebut.

Lembaga Pengarah

Encik Aznan Abdul Aziz

Pengarah silih ganti kepada Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Mei 2025

Kelayakan
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perkakaunan, University of Bristol, United Kingdom.

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Aznan Abdul Aziz merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertanggungjawab ke atas penyeliaan dan pengawalseliaan sektor kewangan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan sepanjang 21 tahun perkhidmatan beliau di BNM, termasuk Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Perbankan Islam dan Takaful, Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan serta Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan.

Encik Aznan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan, di mana beliau bertanggungjawab merangka strategi dan dasar pengawalseliaan bagi memudahkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar di Danamodal Nasional Berhad, syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan untuk mempermodalkan semula institusi kewangan yang bermasalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997.

Lembaga Pengarah

Encik Imri Dolhadi Ab Wahab

Pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
April 2025
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan Islam, Universiti INCEIF, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, Lancaster University, United Kingdom
  • Diploma Baccalaureate Antarabangsa, Kolej MARA, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Imri merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Bahagian Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 22 tahun dalam pelbagai jabatan dan bahagian dalam Kerajaan termasuk Seksyen Hutang dan Risiko, Unit Pengurusan Tunai dan Kecairan, Seksyen Penilaian Pelaburan, Bahagian Pelaburan Strategik serta Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad.