Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
  • Umum
  • Rujukan Penting
Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
Rujukan Penting
Utama
  • Perlindungan PIDM Bagi Konsumer Kewangan
  • Mandat
  • Tadbir Urus
  • Barisan Kepimpinan Kami
  • Kerjaya
  • Program Biasiswa Sarjana Muda
  • Pemberian Maklumat
  • Sistem Perlindungan Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Kesedaran Penipuan Kewangan
  • Rencana
  • Siaran Media
  • Penerbitan Korporat
  • Laporan
  • Iklan Video
  • Iklan Bercetak
  • Iklan Radio
  • Video Pendidikan
Hubungi Kami
  • Tentang PIDM
  • Sistem Insurans Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2025
Literasi Kewangan
Utama
Resolusi
Perundangan
Kertas Perundingan
  • Bahan Maklumat Insurans Deposit
  • Bahan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful
  • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
  • Sumber
  • Log Masuk
Ulang tahun ke 20
Simposium Resolusi Kebangsaan
Laporan Tahunan 2025
  1. Utama
  2. my
  3. general
  4. about-pidm
  5. meet-our-people
  6. senior-management

Barisan Kepimpinan Kami

Pengurusan Kanan
  • Lembaga Pengarah
  • Pengurusan Kanan

Afiza Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif

Alex Lesley Balagurusamy

Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus

Arif Adnan Zain

Setiausaha Korporat

Chua Ee Leen

Ketua Juruaudit Dalaman

Soh Shey Yin

Kaunsel Am

Zufar Suleiman Abu Bakar

Ketua Pegawai Risiko

Bhuvaneswary Kisnasamy

Ketua Pegawai Modal Insan

Jazimin Izzat Wan Zoolkifli

Pengawal Kewangan

Lee Yee Ming

Ketua Pegawai Operasi

Lim Ying Sean

Ketua Pegawai Teknologi

Melvin Lim

Ketua Pegawai Resolusi

Mohd Salihin Othman

Ketua Pegawai Pelibatan Pihak Berkepentingan

Sharifah Sara Syed Ali Aljffri

Ketua Pegawai Strategi

Syed Edi Syah Syed Ramzan

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Ketua Pegawai Kewangan
Ikuti Kami

Notis Privasi | Penafian

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2026. All Rights Reserved.

Search

Pengurusan Kanan

Afiza Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif

Dilantik ke jawatan ini berkuat kuasa dari:

Ogos 2026

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan (Kepujian), University of Salford, United Kingdom
  • Executive Leadership Programme (Kepujian Cemerlang), Saїd Business School,University of Oxford
  • Global Executive Leadership Programme, INSEAD

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Afiza Abdullah membawa lebih dua dekad pengalaman dalam sektor perbankan dan insurans, dengan kepakaran mendalam berkenaan kawal selia sektor kewangan, pembangunan dasar, pengurusan krisis dan resolusi institusi kewangan.

Pengalaman beliau merangkumi kedua-dua mandat PIDM: melindungi deposit bank dan manfaat takaful dan insurans, serta berperanan sebagai pihak berkuasa resolusi bagi institusi ahlinya. Dengan gabungan pengalaman terdahulu beliau di Bank Negara Malaysia, beliau mempunyai perspektif yang luas mengenai kestabilan sistem kewangan, pengawalseliaan berhemat dan penyeliaan.

Afiza telah memainkan peranan penting dalam membentuk rangka kerja resolusi PIDM. Antara sumbangan beliau termasuk melaksanakan rangka kerja Perancangan Pemulihan dan Resolusi (Recovery and Resolution Planning) bersama Bank Negara Malaysia pada tahun 2016, memperkukuh koordinasi antara pihak berkuasa dalam jaring keselamatan kewangan Malaysia melalui program simulasi krisis berstruktur, serta membangunkan jangkaan kebolehselesaian (resolvability expectations) bagi menyokong pemindahan teratur fungsi kritikal sesebuah bank ahli semasa proses resolusi.

Beliau menyertai PIDM pada tahun 2011 untuk menerajui pelaksanaan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (Takaful and Insurance Benefits Protection System – TIPS) berikutan peluasan mandat PIDM dan skop perlindungan konsumer kewangan pada tahun 2010. Afiza telah mengetuai pelbagai inisiatif strategik, termasuk melaksanakan Sistem Levi Berbeza bagi ahli penginsurans – suatu rangka kerja berasaskan risiko yang bukan sahaja menggalakkan amalan pengurusan risiko yang wajar, malah mengambil kira keupayaan kebolehselesaian; serta membangunkan Peraturan Maklumat TIPS yang diperkenalkan pada tahun 2022.

Sebagai sebahagian daripada perancangan penggantian yang diterajui oleh Lembaga Pengarah PIDM, Afiza telah mencapai pelbagai peringkat peranan kepimpinan utama, termasuk sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa pada tahun 2016 dan Naib Presiden Eksekutif, Resolusi pada tahun 2022.

Sebelum menyertai PIDM, Afiza berkhidmat lebih daripada sembilan tahun di Bank Negara Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menyumbang kepada pembangunan dasar berhemat bagi sektor perbankan dan insurans, pemodenan Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan rangka kerja kawal selia yang berkaitan, serta pembangunan Pelan Sektor Kewangan. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah firma audit di London pada tahun 1998 sebelum menyertai sebuah bank pelaburan di Malaysia pada tahun 2000.

Di peringkat antarabangsa, Afiza telah menyumbang kepada kemajuan amalan insurans deposit, skim jaminan insurans dan resolusi institusi kewangan melalui pelbagai forum global dan serantau. Peranan kepimpinan beliau dalam International Association of Deposit Insurers (IADI) dan International Forum of Insurance Guarantee Schemes (IFIGS) telah membantu memperkukuh jaring keselamatan kewangan, persediaan krisis dan keupayaan resolusi, di samping meningkatkan kedudukan serta kredibiliti PIDM dalam kalangan rakan sejawat antarabangsa. 

Beliau kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IADI dan sebelum ini pernah mempengerusikan Kumpulan Kerja Resolusi IADI yang menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Resolusi. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IADI sejak tahun 2024. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan dalam IFIGS sebagai Timbalan Pengerusi Pertama pada tahun 2021, Pengerusi pada tahun 2022 dan Timbalan Pengerusi Kedua pada tahun 2023. 


Pengurusan Kanan

Alex Lesley Balagurusamy

Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

Februari 2022

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Anglia Ruskin, United Kingdom
  • Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Alex Lesley Balagurusamy bertanggungjawab melaksanakan amalan tadbir urus terbaik dalam PIDM, dan memastikan pembentukan etika dan integriti budaya PIDM. Tanggungjawab utama beliau adalah untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan integriti dan etika dalam kalangan pekerja, menyelia dan melaksanakan kod dan dasar berkaitan tingkah laku, dan memastikan Program Pematuhan korporat sentiasa berkesan, teguh dan dilaksanakan tepat pada masanya.
 
Alex menyertai PIDM pada tahun 2009 sebagai Pengurus, Intervensi dan Resolusi Kegagalan, dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Kanan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Undang-undang, dan bertanggungjawab untuk pelbagai perkhidmatan undang-undang termasuk penyediaan nasihat undang-undang, penggubalan dan semakan kontrak serta penyenggaraan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.
 
Alex memulakan kerjayanya dalam amalan insolvensi korporat dengan RSM Nelson Wheeler Teo Corporate Advisory Services yang mana Alex membuat pengkhususan dalam bidang penerimaan yang dilantik oleh pemegang debentur (debenture-appointed receivership) dan pembubaran wajib.
 
Sebelum menyertai PIDM, Alex berkhidmat di Malaysia Debt Ventures Berhad, dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan merangka strategi pemulihan keluar bagi pinjaman tidak berbayar dan tertunggak.

Pengurusan Kanan

Arif Adnan Zain

Setiausaha Korporat

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

Oktober 2025

Kelayakan:

  • Certified Fraud Examiner, Association of Certified Fraud Examiners
  • Global Certificate Program for Regulators of Securities Markets, Harvard Law School dan International Organization of Securities Commissions (Madrid)
  • Diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara, Mahkamah Tinggi Malaya
  • Sijil Amalan Guaman, Universiti Malaya
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), University of Nottingham, United Kingdom

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Arif Adnan Zain bertanggungjawab terhadap fungsi tadbir urus dan sekretariat korporat PIDM, menyokong Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah dalam memenuhi tanggungjawab fidusiari dan statutori mereka, serta memberi nasihat mengenai rangka kerja tadbir urus, amalan terbaik dan dasar untuk memperkukuh proses membuat keputusan dan kebertanggungjawaban.

Arif menyertai PIDM pada tahun 2025 dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perundangan, tadbir urus dan penguatkuasaan peraturan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di mana beliau mengurus hal ehwal Lembaga Pengarah, memberi nasihat mengenai tadbir urus dan pematuhan, serta berurusan dengan pihak kerajaan, industri dan pengawal selia antarabangsa. Beliau turut memegang jawatan kanan dalam bidang pendakwaan dan penyiasatan, mengetuai kes-kes berprofil tinggi termasuk penipuan sekuriti, dagangan dalaman dan salah laku korporat. Arif juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar penguatkuasaan dan rangka kerja tadbir urus yang menyokong amalan kawal selia yang berkesan.

Arif memulakan kerjayanya sebagai peguam di Tetuan Zul Rafique & Partners, dengan tumpuan kepada litigasi perbankan dan sekuriti.

Pengurusan Kanan

Chua Ee Leen

Ketua Juruaudit Dalaman
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

Disember 2024

Kelayakan:

  • Akauntan Bertauliah (CPA) Australia
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan dan Kewangan, Curtin University of Technology, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Chua Ee Leen bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan jaminan dan nasihat untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi PIDM, kebolehpercayaan dan integriti pelaporan kewangan, serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyemak, menyelenggara dan melaporkan terhadap rangka kerja Kawalan Dalaman PIDM.
 
Ee Leen memulakan kerjayanya di PIDM pada tahun 2007 di Bahagian Pengurusan Risiko Perusahaan, di mana beliau membantu dalam pelaksanaan fungsi rangka kerja ERM PIDM. Beliau kemudiannya berpindah ke Bahagian Perancangan Strategik, dan bertanggungjawab melaksanakan proses perancangan strategik PIDM serta membantu membangunkan pelan strategik dan kewangan. Beliau juga bertanggungjawab memantau dan melaporkan prestasi berbanding pelan dan bajet yang diluluskan, serta terlibat dalam pengurusan projek bagi inisiatif korporat utama.
 
Sebelum berpindah ke Jabatan Audit dan Perkhidmatan Perundingan, Ee Leen berkhidmat di Jabatan Kawalan Belanjawan dan Perolehan, di mana beliau bertanggungjawab membangunkan pelan kewangan serta memantau dan melaporkan prestasinya. Beliau juga memberi nasihat berkaitan perolehan dan menguruskan proses perolehan.
 
Sebelum menyertai PIDM, Ee Leen telah mengumpul lebih tujuh tahun pengalaman profesional di Ernst & Young Kuala Lumpur, di mana beliau terlibat dalam bidang audit, pengurusan risiko serta pembangunan dasar dan prosedur. Portfolio beliau merangkumi penempatan sementara di sebuah kumpulan global syarikat tenaga dan petrokimia. Pengalaman audit beliau merangkumi audit dalaman dan luaran, semakan pematuhan bebas di bawah Akta Sarbanes-Oxley, serta penilaian berkaitan pensijilan.

Pengurusan Kanan

Soh Shey Yin

Kaunsel Am

Dilantik ke jawatan ini berkuat kuasa mulai:

Oktober 2025

Kelayakan Akademik:

  • Sarjana Undang-Undang Komersial, University of Melbourne, Australia
  • Diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara, Mahkamah Tinggi Malaya
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), University of Nottingham, United Kingdom

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Soh Shey Yin bertanggungjawab terhadap penyediaan nasihat perundangan dan perkhidmatan undang-undang kepada PIDM, termasuk penyenggaraan dan pembangunan perundangan PIDM bagi memastikan kesesuaiannya terus relevan untuk membolehkan PIDM melaksanakan mandatnya dengan berkesan serta memastikan pematuhan terhadap semua keperluan statutori.

Shey Yin menyertai PIDM pada tahun 2012. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau terlibat dalam pelbagai projek dan inisiatif strategik utama termasuk pindaan terhadap Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011. Dalam pelaksanaan tanggungjawab tersebut, beliau bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Peguam Negara dalam penyediaan rang undang-undang berkenaan. Pengalaman beliau turut merangkumi pemberian nasihat mengenai semua perkara undang-undang, termasuk pandangan perundangan yang berkaitan dengan mandat PIDM serta kuasa intervensi dan resolusinya.

Shey Yin telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada tahun 2005. Sebelum menyertai PIDM, beliau mempunyai pengalaman selama tujuh tahun di sebuah firma guaman ternama di Kuala Lumpur, di mana beliau menumpukan kepada bidang insolvensi korporat, tadbir urus korporat, pertikaian antara pemegang saham, tanggungjawab juruaudit dan pengarah, pengurangan modal serta penstrukturan semula korporat.

Pengurusan Kanan

Zufar Suleiman Abu Bakar

Ketua Pegawai Risiko

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari: 

Januari 2018 

Kelayakan:

  • Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Bertauliah, Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Risiko Korporat dan Pengurusan Keselamatan, University of Southampton, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Bioproses, University of Bath, United Kingdom

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Zufar Suleiman Abu Bakar bertanggungjawab terhadap fungsi Pengurusan Risiko Perusahaan dan fungsi Kesinambungan Perniagaan PIDM dan menyokong Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan pihak Pengurusan dalam memastikan risiko PIDM dikenal pasti, dinilai, diurus, dipantau dan dilaporkan secara konsisten dan berterusan. Zufar menyertai PIDM pada tahun 2013 sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Audit dan Perkhidmatan Perundingan.

Zufar memulakan kerjayanya di Bahagian Nasihat Ernst & Young, Kuala Lumpur. Selepas lapan tahun, beliau menyertai Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) untuk menubuhkan dan mengetuai Jabatan Pengurusan Risiko Organisasi dan Jabatan Audit Dalaman. Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam bidang pengauditan dalaman dan operasi, pengurusan risiko organisasi, kajian semula jaminan kualiti, pengurusan program serta dokumentasi kawalan dalaman dan kajian semula yang melibatkan Akta Sarbanes-Oxley.

Pengurusan Kanan

Bhuvaneswary Kisnasamy

Ketua Pegawai Modal Insan

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

September 2025

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia), Putra Business School, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia), Universiti Malaya, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Bhuvaneswary Kisnasamy menerajui pembangunan dan pelaksanaan strategi serta memacu inisiatif transformatif modal insan PIDM.

Bhuvanes menyertai PIDM pada tahun 2025, membawa lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan dan professional yang luas dalam pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi merentasi pelbagai industri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Sumber Manusia & Kebudayaan Kumpulan di IOI Properties Group Berhad, memimpin fungsi sumber manusia kumpulan merentasi pelbagai segmen perniagaan di Malaysia, Singapura dan China.

Beliau juga pernah memegang peranan kepimpinan kanan sumber manusia dalam Sunway Group, termasuk mengetuai strategi sumber manusia dan modal insan untuk bahagian hartanah dan hospitaliti serantau serta menyelia fungsi sumber manusia, jaminan kualiti serta pengurusan pengetahuan merentasi beberapa unit perniagaannya. Beliau juga memacu strategi modal insan serantau dan pembangunan organisasi dalam peranan terdahulu yang meliputi Asia Tenggara dan Australia.

Bhuvanes memulakan kerjayanya sebagai ahli kimia dalam sektor pembuatan sebelum menyertai sebuah makmal alam sekitar di Australia.

Pengurusan Kanan

Jazimin Izzat Wan Zoolkifli

Pengawal Kewangan

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa:

September 2026

Kelayakan:

  • Felo, Association of Chartered Certified Accountants (FCCA)
  • Ahli, Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Pengajian Perakaunan, University of Portsmouth, United Kingdom
  • Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Jazimin Izzat Wan Zoolkifli menyelia operasi kewangan dan tadbir urus kewangan PIDM, termasuk belanjawan, pelaporan kewangan, percukaian dan kawalan kewangan. Dengan pengalaman luas merangkumi operasi perakaunan dan kewangan, audit luaran dan dalaman, pengurusan perbendaharaan dan dana, serta percukaian, beliau membawa kepimpinan kewangan serta rekod pencapaian yang mantap dalam memperkukuh tadbir urus kewangan dan keberkesanan operasi.

Jazimin Izzat menyertai PIDM pada tahun 2006 sebagai Pengurus, Perkhidmatan Audit dan Perundingan, sebelum kemudiannya dilantik sebagai Pengawal Kewangan / Timbalan Pengurus Besar, Kewangan pada tahun 2010. Beliau seterusnya menyandang jawatan Ketua Juruaudit Dalaman pada tahun 2018, di mana beliau mengetuai aktiviti audit dan khidmat nasihat yang bertujuan mempertingkatkan rangka kerja tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman.

Beliau memulakan kerjayanya di Bahagian Audit dan Khidmat Nasihat Perniagaan Arthur Andersen & Co. di Kuala Lumpur, sebelum memegang pelbagai peranan audit dan kewangan di beberapa syarikat tersenarai awam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Pengurusan Kanan

Lee Yee Ming

Ketua Pegawai Operasi

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

September 2026

Kelayakan:

  • Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan, Western Michigan University, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (summa cum laude), Western Michigan University, Amerika Syarikat

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Lee Yee Ming bertanggungjawab menyediakan kepimpinan strategik bagi strategi data, pengurusan dan tadbir urus data, komunikasi korporat, serta penyeliaan fungsi pengurusan maklumat dan keselamatan siber. Beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan operasi, daya tahan maklumat, kesedaran awam, penglibatan pihak berkepentingan serta keupayaan organisasi dalam menyokong mandat PIDM. Beliau juga menerajui pelbagai inisiatif strategik yang bertujuan memperkukuh daya tahan operasi di seluruh organisasi.

Yee Ming menyertai PIDM pada tahun 2007 sebagai Ketua Pegawai Risiko. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa, dan Pengurus Besar Kanan, Unit Perancangan Resolusi, sebelum menerajui penubuhan Bahagian Penilaian Risiko dan Resolusi. Sebelum pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi, Yee Ming mengetuai agenda transformasi digital PIDM melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif pemodenan teknologi, tadbir urus data, keselamatan siber dan pembangunan keupayaan organisasi.

Sebelum menyertai PIDM, Yee Ming mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang perundingan dan perbankan, dengan kepakaran dalam pelaksanaan Basel II, pengurusan risiko perusahaan, tadbir urus dan audit dalaman. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah institusi kewangan di Illinois, Amerika Syarikat sebelum menyertai Ernst & Young di Kuala Lumpur, Malaysia dan Taipei, Taiwan.



Pengurusan Kanan

Lim Ying Sean

Ketua Pegawai Teknologi

Dilantik ke jawatan ini berkuat kuasa dari:

Februari 2025

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Multimedia (MMU), Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Lim Ying Sean mengemudi keseluruhan strategi teknologi maklumat, agenda transformasi digital dan tadbir urus teknologi PIDM. Beliau menyelia enterprise architecture, keselamatan siber, infrastruktur, pembangunan aplikasi dan penggunaan teknologi awan bagi memastikan ekosistem teknologi PIDM kekal selamat, berdaya tahan, bersedia menerajui masa depan serta selaras dengan mandat berkanunnya.

Ying Sean menyertai PIDM pada tahun 2023 sebagai Solutions Architect, di mana beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh amalan enterprise architecture dan memodenkan sistem utama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Transformasi Digital pada untuk mengetuai inisiatif transformasi digital dan meluncurkan penggunaan teknologi awan bagi mempertingkatkan ketangkasan operasi dan daya tahan institusi. Pada tahun 2025, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi, mengambil alih kepimpinan menyeluruh fungsi teknologi maklumat dan transformasi digital PIDM.

Sebelum menyertai PIDM, Ying Sean mengumpul lebih 12 tahun pengalaman dalam penyelidikan teknologi maklumat, pembangunan perisian, seni bina sistem dan inisiatif teknologi peringkat nasional sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di MIMOS Berhad. Beliau juga telah menerajui program misi kritikal merentasi sektor awam dan swasta. Kepakarannya merangkumi seni bina teknologi awan yang selamat, microservices, sistem teragih, amalan DevOps dan keselamatan siber.

Pengurusan Kanan

Melvin Lim

Ketua Pegawai Resolusi

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

September 2026

Kelayakan:

  • Akauntan Awam Bertauliah, CPA Australia
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, University of Technology Sydney, Australia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Melvin Lim menerajui pembangunan dan pengoperasian inisiatif intervensi, resolusi dan kebolehresolusian PIDM. Beliau bertanggungjawab memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan operasi PIDM dalam mengurus resolusi institusi ahli secara teratur. Tanggungjawab ini merangkumi pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja, strategi serta alat bagi penilaian kebolehresolusian, penilaian kos resolusi dan impak sistemik, pemindahan perniagaan, permodalan semula serta pengurusan aset.

Sejak menyertai PIDM pada tahun 2010, Melvin telah memegang pelbagai peranan utama dalam bidang intervensi dan resolusi, dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam khidmat nasihat kewangan serta bidang intervensi dan resolusi. Beliau menerajui pembangunan beberapa rangka kerja dan keupayaan penting, termasuk Rangka Kerja Penilaian Kebolehresolusian PIDM, serta metodologi bagi menilai kos resolusi dan potensi impak sistemik sekiranya sesebuah institusi ahli gagal beroperasi. Melvin juga mengetuai usaha pembangunan dan pengoperasian strategi serta alat resolusi bagi memudah cara resolusi institusi ahli secara teratur. Usaha beliau menyokong kesiapsiagaan PIDM dalam melaksanakan langkah-langkah resolusi yang bersesuaian secara berkesan dan selaras dengan pihak berkuasa jaringan keselamatan kewangan yang berkaitan. Beliau turut menyumbang kepada pelbagai inisiatif serantau dan antarabangsa berkaitan kesiapsiagaan krisis dan amalan resolusi.

Sebelum menyertai PIDM, Melvin berkhidmat sebagai Pengarah Bersekutu di amalan Ernst & Young Malaysia’s Transaction Advisory Service yang dengan pengkhususan dalam penggabungan dan pengambilalihan, insolvensi serta penstrukturan semula. Sepanjang tempoh tersebut, beliau memperoleh pengalaman luas dalam khidmat nasihat kewangan, urus niaga korporat, penstrukturan semula dan pengurusan insolvensi.


Pengurusan Kanan

Mohd Salihin Othman

Ketua Pegawai Pelibatan Pihak Berkepentingan

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa:

September 2026

Kelayakan:

  • Felo, Association of Chartered Certified Accountants (FCCA)
  • Ahli, Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Am), Putra Business School, Malaysia
  • Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Mohd Salihin Othman menerajui fungsi Pihak Berkepentingan dan Pelibatan Strategik di PIDM, di mana beliau bertanggungjawab memacu kerjasama berimpak tinggi dengan agensi kerajaan, pengawal selia, peserta industri kewangan dan rakan strategik. Peranan beliau bertumpu kepada pembangunan rangka kerja pelibatan pihak berkepentingan yang berstruktur, pengukuhan modal hubungan dengan pembuat dasar kanan dan pemimpin industri, serta memposisikan PIDM sebagai pihak berautoriti yang dipercayai dalam perlindungan konsumer kewangan dan resolusi.

Salihin menyertai PIDM pada tahun 2008 sebagai Pengurus Kewangan dan sejak itu telah memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan, termasuk Ketua, Kewangan Korporat dan Pengurusan Dana, Pengurus Kanan, Kewangan dan Pelaporan Kewangan serta Pengawal Kewangan. Dalam peranan-peranan ini, beliau menyelia perancangan kewangan, belanjawan, pengurusan perbendaharaan dan pelaburan, serta pelaporan kewangan selaras dengan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS).

Pada tahun 2022, beliau dipinjamkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan  kemudiannya berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri. Beliau kembali ke PIDM pada tahun 2025 dan menyandang peranan semasa beliau, berbekalkan pengalaman beliau hasil pelibatan dalam sektor awam.

Salihin merupakan Ahli Lembaga Institut Integriti Malaysia, di mana beliau berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Perolehan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis bagi Malaysian Advisory Committee, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari tahun 2022 hingga 2026 dan kini menganggotai Jawatankuasa Perakaunan Sektor Awam Institut Akauntan Malaysia.

Sebelum menyertai PIDM, beliau memegang beberapa jawatan kewangan dalam sektor minyak dan gas, pembinaan dan insurans, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pelaporan kewangan, kewangan projek, pengurusan perbendaharaan dan tadbir urus korporat.

Pengurusan Kanan

Sharifah Sara Syed Ali Aljffri

Ketua Pegawai Strategi

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

September 2026

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi untuk Perniagaan, University of Portsmouth, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Tenaga Nasional, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Sharifah Sara Syed Ali Aljffri bekerjasama rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan pengurusan kanan dalam membentuk hala tuju strategik jangka panjang organisasi, memperkukuh daya tahan institusi serta meningkatkan kesiapsiagaan terhadap risiko yang muncul dan cabaran masa hadapan. Peranan beliau merangkumi pembangunan strategi, penggubalan dasar, kesiapsiagaan krisis dan pengimbasan persekitaran bagi menyokong proses membuat keputusan yang berasaskan maklumat oleh Pengurusan dan Lembaga Pengarah.

Sejak menyertai PIDM pada tahun 2010, Sharifah Sara telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam bidang penilaian risiko, intervensi dan resolusi, dengan pengalaman melebihi dua dekad yang merangkumi pemantauan sektor kewangan, penilaian risiko, pengurusan krisis dan perancangan resolusi. Sebagai Ketua Intervensi dan Resolusi, Rangka Kerja dan Metodologi, beliau menerajui beberapa inisiatif utama termasuk pembangunan dan pelaksanaan Sistem Premium Berbeza PIDM, Rangka Kerja Penilaian Risiko Intervensi serta rangka kerja Dana Sasaran bagi bank-bank ahli. Beliau juga memainkan peranan utama dalam penilaian pelan keluar bank digital, penubuhan Kumpulan Pengurusan Krisis bagi sebuah bank domestik penting sistemik (D-SIB) di Malaysia, serta menyokong pelaksanaan Perancangan Resolusi di Malaysia.

Sebelum menyertai PIDM, Sharifah Sara berkhidmat selama lebih enam tahun di sebuah agensi penarafan kredit domestik yang dengan pengkhususan dalam penilaian institusi kewangan dan syarikat korporat merentasi pelbagai industri. Portfolio beliau turut merangkumi penilaian kredit terpilih di Timur Tengah, India dan Jepun, yang memberikan pendedahan serantau yang luas terhadap pasaran kewangan, risiko kredit dan persekitaran kawal selia. Pengalaman ini telah membentuk asas yang kukuh dalam analisis sektor kewangan dan penilaian risiko yang terus menyokong kepimpinan strategik beliau sehingga kini.


Pengurusan Kanan

Syed Edi Syah Syed Ramzan

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa:

Januari 2021

Kelayakan:

  • COBIT® 5 Foundation Certification
  • PRINCE2® Practitioner Certification
  • ITIL® Foundation Certification in IT Service Management  
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), Universiti Tun Abdul Razak, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Syed Edi Syah Syed Ramzan menerajui strategi keselamatan siber PIDM dan bertanggungjawab memastikan daya tahan ekosistem digital. Beliau menyelia pengurusan risiko siber, tadbir urus keselamatan dan kesediaan tindak balas insiden, selain menasihati kepimpinan kanan mengenai ancaman baharu serta menyelaraskan keutamaan keselamatan siber dengan selera risiko.

Beliau menyertai PIDM pada tahun 2008 dan ditugaskan menyokong fungsi sistem, rangkaian dan keselamatan, di mana beliau membina pengalaman luas dalam infrastruktur teknologi maklumat, khususnya dalam operasi rangkaian, keselamatan dan teknologi. Asas ini menyokong peranan semasa beliau dan membolehkan beliau mengimbangi keperluan operasi dengan keutamaan keselamatan siber serta strategi jangka panjang secara efektif.

Syed Edi memulakan kerjayanya dengan sebuah penyedia penyelesaian teknologi, di mana beliau mengetuai pelaksanaan sebuah sistem penjagaan kesihatan utama dan bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan bagi memastikan penyampaian yang berkesan.

Pengurusan Kanan

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Ketua Pegawai Kewangan

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:

September 2026

Kelayakan:

  • Felo, Chartered Accountants Australia and New Zealand (CAANZ)
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Akauntan Awam Bertauliah (Malaysia), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
  • Akauntan Awam Bertauliah ASEAN
  • Ahli Berkanun Institut Kewangan Islam Bertauliah (CPIF)
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, University of Melbourne, Australia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Wan Ahmad Ikram merupakan Ketua Pegawai Kewangan yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat PIDM. Secara khusus, beliau bertanggungjawab terhadap hala tuju, pengurusan dan kawalan fungsi perakaunan, kewangan dan perbendaharaan, serta fungsi berkaitan pentadbiran dan operasi pejabat di samping proses pentadbiran operasi, dasar dan kawalan.

Sejak menyertai PIDM pada tahun 2006, Ikram telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di seluruh organisasi dengan pengalaman yang merangkumi bidang pengauditan, pengurusan risiko, perakaunan dan kewangan, perbendaharaan dan pengurusan dana, perancangan dan penstrukturan semula korporat, pengurusan proses perniagaan serta pematuhan. Antara peranan beliau di PIDM ialah sebagai Ketua Juruaudit Dalaman, di mana beliau menyediakan perkhidmatan jaminan dan khidmat nasihat. Beliau juga telah menggalas tanggungjawab yang lebih luas dalam kepimpinan strategik, pengurusan dan penglibatan pihak berkepentingan. Selain itu, Ikram turut berkhidmat sebagai Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari tahun 2019 hingga 2022 dan terus berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa MIA.

Ikram memulakan kerjayanya dengan Telekom Malaysia Berhad sebelum meneruskan kerjaya perakaunan profesionalnya bersama KPMG di Melbourne, Australia. Setelah kembali ke Malaysia, beliau menyertai Tahan Insurance Malaysia Berhad sebagai Ketua Juruaudit Dalaman dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan syarikat tersebut.