Dilantik ke jawatan ini berkuat kuasa mulai:
Oktober 2025
Kelayakan Akademik:
- Sarjana Undang-Undang Komersial, University of Melbourne, Australia
- Diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara, Mahkamah Tinggi Malaya
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), University of Nottingham, United Kingdom
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Soh Shey Yin bertanggungjawab terhadap penyediaan nasihat perundangan dan perkhidmatan undang-undang kepada PIDM, termasuk penyenggaraan dan pembangunan perundangan PIDM bagi memastikan kesesuaiannya terus relevan untuk membolehkan PIDM melaksanakan mandatnya dengan berkesan serta memastikan pematuhan terhadap semua keperluan statutori.
Shey Yin menyertai PIDM pada tahun 2012. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau terlibat dalam pelbagai projek dan inisiatif strategik utama termasuk pindaan terhadap Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011. Dalam pelaksanaan tanggungjawab tersebut, beliau bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Peguam Negara dalam penyediaan rang undang-undang berkenaan. Pengalaman beliau turut merangkumi pemberian nasihat mengenai semua perkara undang-undang, termasuk pandangan perundangan yang berkaitan dengan mandat PIDM serta kuasa intervensi dan resolusinya.
Shey Yin telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada tahun 2005. Sebelum menyertai PIDM, beliau mempunyai pengalaman selama tujuh tahun di sebuah firma guaman ternama di Kuala Lumpur, di mana beliau menumpukan kepada bidang insolvensi korporat, tadbir urus korporat, pertikaian antara pemegang saham, tanggungjawab juruaudit dan pengarah, pengurangan modal serta penstrukturan semula korporat.