Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
  • Umum
  • Rujukan Penting
Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
Rujukan Penting
Utama
  • Perlindungan PIDM Bagi Konsumer Kewangan
  • Mandat
  • Tadbir Urus
  • Barisan Kepimpinan Kami
  • Struktur Organisasi
  • Kerjaya
  • Program Biasiswa Sarjana Muda
  • Pemberian Maklumat
  • Sistem Perlindungan Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Kesedaran Penipuan Kewangan
  • Rencana
  • Siaran Media
  • Penerbitan Korporat
  • Laporan
  • Iklan Video
  • Iklan Bercetak
  • Iklan Radio
  • Video Pendidikan
Hubungi Kami
  • Tentang PIDM
  • Sistem Insurans Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2025
Literasi Kewangan
Utama
Resolusi
Perundangan
Kertas Perundingan
  • Bahan Maklumat Insurans Deposit
  • Bahan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful
  • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
  • Sumber
  • Log Masuk
Ulang tahun ke 20
Simposium Resolusi Kebangsaan
Laporan Tahunan 2024
  1. Utama
  2. my
  3. general
  4. about-pidm
  5. meet-our-people
  6. executive-committee

Barisan Kepimpinan Kami

Pengurusan Eksekutif
  • Lembaga Pengarah
  • Pengurusan Eksekutif
  • Pengurusan Kanan

Afiza Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif

Lee Yee Ming

Naib Presiden Eksekutif

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Naib Presiden Eksekutif
Ikuti Kami

Notis Privasi | Penafian

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2026. All Rights Reserved.

Search

Pengurusan Eksekutif

Afiza Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif

Dilantik ke jawatan ini berkuat kuasa dari:

28 Ogos 2026

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan (Kepujian), University of Salford, United Kingdom
  • Executive Leadership Programme (Kepujian Cemerlang), Saїd Business School,University of Oxford
  • Global Executive Leadership Programme, INSEAD

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Afiza Abdullah membawa lebih dua dekad pengalaman dalam sektor perbankan dan insurans, dengan kepakaran mendalam berkenaan kawal selia sektor kewangan, pembangunan dasar, pengurusan krisis dan resolusi institusi kewangan.

Pengalaman beliau merangkumi kedua-dua mandat PIDM: melindungi deposit bank dan manfaat takaful dan insurans, serta berperanan sebagai pihak berkuasa resolusi bagi institusi ahlinya. Dengan gabungan pengalaman terdahulu beliau di Bank Negara Malaysia, beliau mempunyai perspektif yang luas mengenai kestabilan sistem kewangan, pengawalseliaan berhemat dan penyeliaan.

Afiza telah memainkan peranan penting dalam membentuk rangka kerja resolusi PIDM. Antara sumbangan beliau termasuk melaksanakan rangka kerja Perancangan Pemulihan dan Resolusi (Recovery and Resolution Planning) bersama Bank Negara Malaysia pada tahun 2016, memperkukuh koordinasi antara pihak berkuasa dalam jaring keselamatan kewangan Malaysia melalui program simulasi krisis berstruktur, serta membangunkan jangkaan kebolehselesaian (resolvability expectations) bagi menyokong pemindahan teratur fungsi kritikal sesebuah bank ahli semasa proses resolusi.

Beliau menyertai PIDM pada tahun 2011 untuk menerajui pelaksanaan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (Takaful and Insurance Benefits Protection System – TIPS) berikutan peluasan mandat PIDM dan skop perlindungan konsumer kewangan pada tahun 2010. Afiza telah mengetuai pelbagai inisiatif strategik, termasuk melaksanakan Sistem Levi Berbeza bagi ahli penginsurans – suatu rangka kerja berasaskan risiko yang bukan sahaja menggalakkan amalan pengurusan risiko yang wajar, malah mengambil kira keupayaan kebolehselesaian; serta membangunkan Peraturan Maklumat TIPS yang diperkenalkan pada tahun 2022.

Sebagai sebahagian daripada perancangan penggantian yang diterajui oleh Lembaga Pengarah PIDM, Afiza telah mencapai pelbagai peringkat peranan kepimpinan utama, termasuk sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa pada tahun 2016 dan Naib Presiden Eksekutif, Resolusi pada tahun 2022.

Sebelum menyertai PIDM, Afiza berkhidmat lebih daripada sembilan tahun di Bank Negara Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menyumbang kepada pembangunan dasar berhemat bagi sektor perbankan dan insurans, pemodenan Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan rangka kerja kawal selia yang berkaitan, serta pembangunan Pelan Sektor Kewangan. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah firma audit di London pada tahun 1998 sebelum menyertai sebuah bank pelaburan di Malaysia pada tahun 2000.

Di peringkat antarabangsa, Afiza telah menyumbang kepada kemajuan amalan insurans deposit, skim jaminan insurans dan resolusi institusi kewangan melalui pelbagai forum global dan serantau. Peranan kepimpinan beliau dalam International Association of Deposit Insurers (IADI) dan International Forum of Insurance Guarantee Schemes (IFIGS) telah membantu memperkukuh jaring keselamatan kewangan, persediaan krisis dan keupayaan resolusi, di samping meningkatkan kedudukan serta kredibiliti PIDM dalam kalangan rakan sejawat antarabangsa. 

Beliau kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IADI dan sebelum ini pernah mempengerusikan Kumpulan Kerja Resolusi IADI yang menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Resolusi. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IADI sejak tahun 2024. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan dalam IFIGS sebagai Timbalan Pengerusi Pertama pada tahun 2021, Pengerusi pada tahun 2022 dan Timbalan Pengerusi Kedua pada tahun 2023. 


Pengurusan Eksekutif

Lee Yee Ming

Naib Presiden Eksekutif
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Januari 2022
Kelayakan:
  • Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan, Western Michigan University, Amerika Syarikat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (summa cum laude), Western Michigan University, Amerika Syarikat
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Lee Yee Ming merupakan Naib Presiden Eksekutif yang bertanggungjawab untuk keseluruhan inisiatif transformasi digital PIDM. Peranan beliau termasuk penubuhan Jabatan Transformasi Digital, mengetuai dan menubuhkan inisiatif proses kejuruteraan semula (reengineering process), teknologi, keupayaan dan budaya yang bertujuan mengukuhkan asas digital PIDM dan meningkatkan kecekapan proses untuk mengekalkan kedudukan PIDM selari dengan industri kewangan dan kawal selia yang berkembang. Selain daripada teknologi maklumat dan keselamatan siber, Yee Ming juga menyelia fungsi strategi data dan tadbir urus.
 
Yee Ming menyertai PIDM pada tahun 2007 sebagai Ketua Pegawai Risiko. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Polisi dan Antarabangsa pada tahun 2011, dan dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, Unit Perancangan Resolusi pada Disember 2016 dan seterusnya membentuk Bahagian Penilaian Risiko dan Resolusi pada Januari 2018.
 
Sebelum menyertai PIDM, Yee Ming mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perundingan dan perbankan dalam pelaksanaan Basel II, pengurusan risiko organisasi dan audit dalaman. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah institusi kewangan di Illinois, Amerika Syarikat dan kemudiannya menyertai Ernst & Young di Kuala Lumpur, Malaysia dan Taipei, Taiwan.

Pengurusan Eksekutif

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Naib Presiden Eksekutif
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Januari 2022
Kelayakan:
  • Felo, Chartered Accountants Australia dan New Zealand (CAANZ)
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Akauntan Awam Bertauliah (Malaysia) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
  • Akauntan Awam Bertauliah ASEAN
  • Ahli bertauliah Institut Kewangan Islam Bertauliah (CPIF)
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, University of Melbourne, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Wan Ahmad Ikram merupakan Naib Presiden Eksekutif yang bertanggungjawab menyelia fungsi kewangan, operasi dan penglibatan pihak berkepentingan. Sebelum ini, beliau terlibat dalam pelbagai bidang operasi PIDM dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan, serta mengambil peranan dalam bidang jaminan dan nasihat sebagai Ketua Juruaudit Dalaman.
 
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari tahun 2019 hingga 2022 dan terus berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa MIA.

Ikram memulakan kerjayanya dengan Telekom Malaysia Berhad sebelum meneruskan kerjaya perakaunan profesionalnya bersama KPMG di Melbourne, Australia. Setelah kembali ke Malaysia, beliau menyertai Tahan Insurance Malaysia Berhad sebagai Ketua Juruaudit Dalaman dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan.
 
Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam pelbagai peranan dalam beberapa organisasi dalam bidang pengauditan luaran dan dalaman, pengurusan risiko, operasi dan pentadbiran pejabat, operasi perakaunan dan kewangan, perbendaharaan dan pengurusan dana, perancangan korporat, kewangan korporat, penstrukturan semula korporat, pengurusan proses perniagaan. dan pematuhan serta teknologi maklumat. Baru-baru ini, beliau juga lebih terlibat dalam peranan kepimpinan strategik, pengurusan dan penglibatan pihak berkepentingan.